Seorang wanita ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah bagi membantu siasatan berhubung penangkapan wanita warga Filipina dan rampasan wang tunai berjumlah RM13.5 juta tengah hari ini.
Suspek wanita dipercayai isteri daripada salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan sebelum ini ditahan sebuah pangsapuri di Jalan Api-Api, di sini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penahanan wanita berusia 46 tahun itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap pihaknya adalah seramai 21 orang termasuk 17 daripadanya wanita warga Filipina.
"Wanita ini ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan tersebut bersama suaminya dan dua lagi rakan mereka dalam aktiviti tidak bermoral dan penemuan wang jutaan ringgit berkenaan.
"Malah, kita tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan lain selepas ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JIM Sabah di sini pada Selasa.
Hadir sama adalah Pengarah JIM Sabah, Musa Sulaiman.
BACA: Skandal RM13.04 juta: Pasukan Khas JIM mula panggil saksi
BACA: Imigresen tubuh pasukan khas siasat penemuan RM13.04 juta di Sabah
BACA: Selain penemuan RM11 juta, 19 individu ditahan dalam Op Gegar
BACA: Sabah: RM11 juta ditemui ... Milik siapa?
Pada 24 November lalu, JIM Sabah menahan tiga individu dipercayai dalang sindiket pelacuran selain menangkap 17 wanita warga Filipina yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral menerusi operasi Op Gegar kira-kira jam 1 pagi.
Dalam serbuan di sebuah hotel dan pangsapuri di Jalan Api-Api itu, JIM Sabah turut menemui wang tunai berjumlah RM13.5 juta.
Dalam pada itu, Mustafar berkata, pihaknya masih melakukan siasatan menyeluruh berhubung penemuan wang sebanyak RM13.5 juta.
Kata beliau, berdasarkan siasatan awal, hotel yang diserbu itu beroperasi sejak tahun 1999 lagi manakala dari segi wang tunai yang dirampas ada antaranya bertarikh sejak tahun 2008. Namun kita masih menyiasat dari mana punca wang itu diperolehi.
"Selain Akta Imigresen, kes terbabit turut melibatkan Kanun Prosedur Jenayah serta Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001," katanya.
Ditanya sama ada kes itu melibatkan individu kenamaan termasuk pemimpin politik, Mustafar bagaimanapun denggan mengulas lanjut.
Ruzaini Zulkepli
Tue Nov 28 2017

MUSTAFAR berkata wanita itu dipercayai terlibat secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral dan penemuan wang tunai RM13.5 juta di Sabah.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pembelaan minta saksi kemuka maklumat pendapatan, elaun Shahrir Samad sejak 1978
Pihak pembelaan minta seorang saksi pendakwaan mengemukakan fail yang mengandungi maklumat pendapatan dan elaun Tan Sri Shahrir Ab Samad sebagai ahli Parlimen sejak 1978 dalam perbicaraan kes beliau.

Guan Eng didakwa lagi di mahkamah hari ini
Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada pukul 10 pagi bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

'Saya tidak dimaklumkan ke SPRM' - Husam
Dalam sistem pesanan WhatsApp kepada media, Husam memaklumkan, tidak diberitahu walaupun beberapa pegawai SPRM hadir ke kediamannya di Kelantan pada malam Khamis.

Najib dibawa ke JSJK selepas ditahan SPRM lebih 16 jam
Najib yang ditahan sejak jam 4 petang semalam dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Menara 238 di Jalan Tun Razak di ibu negara untuk dirakam percakapan.

Najib dijangka beri keterangan lagi hari ini
Najib dilapor akan hadir ke Menara 238 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur esok.

Najib dipanggil rakam kenyataan, akan didakwa esok - SPRM
Beliau hadir kira-kira pukul 5 petang dan dirakam percakapan selama 45 minit.

Skandal RM13.5 juta: Isteri salah seorang suspek ditahan
Seorang wanita ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes penyeludupan manusia dan rampasan wang tunai berjumlah RM13.5 juta tengah hari ini.

Skandal RM13.04 juta: Pasukan Khas JIM mula panggil saksi
Pasukan Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah mula memanggil beberapa saksi dalam isu penemuan wang tunai RM13.04 juta di Sabah pada Khamis lepas.

Bekas pegawai khas Datuk Bandar Melaka didakwa rasuah, pecah amanah
Datuk Mohd Yusof Abu Hassan, 56, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan.

Bekas Pengarah JANS Sabah, isteri dan seorang lagi dituduh seleweng RM61.48 juta
Seorang bekas pengarah JANS dan isterinya serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan seleweng berjumlah RM61.48 juta