KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis diberitahu Bank Negara Malaysia (BNM) menyerahkan Kertas Siasatan (IP) kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan syor untuk memulakan pendakwaan jenayah dan mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk pegawai kanannya.
Bekas Gabenor BNM, Tan Seri Zeti Akhtar Azizi, 76, berkata walaupun bukti terlalu banyak dikumpul dan direkodkan oleh BNM, Peguam Negara ketika itu (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) atas sebab yang tidak diketahui pada 11 Sept 2015 memutuskan IP itu diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
Saksi pendakwaan ke-46 itu berkata IP dikemukakan selepas 1MDB dan pegawainya didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) kerana memberikan maklumat palsu kepada BNM dalam permohonan kebenaran syarikat pelaburan strategik negara itu membuat pembayaran di luar Malaysia.
"Pada sidang media BNM mengenai KDNK suku kedua, pada 13 Ogos 2015, disebutkan bahawa BNM telah menyelesaikan penyiasatannya ke atas 1MDB, berkaitan bidang yang berada dalam bidang kuasa dan perundangannya.
"Mengenai akaun Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Perdana Menteri) , BNM telah memberikan semua maklumat yang berkaitan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang masing-masing," katanya.
Zeti seterusnya berkata, BNM menulis semula kepada AGC pada 1 Okt 2015, untuk mempertimbangkan semula keputusan (NFA) dan seterusnya menekankan maklumat penting tertinggal oleh 1MDB dalam permohonannya untuk kebenaran Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asiang (FEA).
"1MDB bukan sahaja gagal memberikan maklumat penuh dan lengkap dalam permohonannya untuk kebenaran FEA tetapi telah memberikan maklumat palsu. AGC, bagaimanapun, tidak menjawab rayuan BNM," katanya.
Zeti berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, pada perbicaraan Najib membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana milik 1MDB.
Katanya, menurut perundangan BNM, pihaknya terus membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB dan mengeluarkan arahan kepada 1MDB untuk menghantar balik ke Malaysia semua dana yang dihantar secara haram dan palsu ke luar negara.
"Ketidakupayaan 1MDB seterusnya membawa balik wang itu dan memberikan bukti mengenai status dana menyebabkan kompaun dikenakan ke atas 1MDB... dengan persetujuan AGC, kompaun berjumlah RM15 juta telah dikenakan dan telah dibayar oleh 1MDB pada 25 Mei 2016," katanya.
Beliau menjelaskan siasatan BNM terhadap kes itu adalah bagi tujuan membawa ke muka pengadilan pelanggaran undang-undang oleh 1MDB berhubung kiriman wang mereka ke luar negara sepanjang tempoh antara September 2009 dan Mei 2011 dan untuk memelihara integriti fungsi sistem kewangan negara.
Katanya, pada 9 Jun 2015, Peguam Negara (AG) ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail mengadakan mesyuarat Pasukan Petugas 1MDB pertama melibatkan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim dan beliau sendiri bagi membincangkan siasatan SPRM dan BNM mengenai 1MDB.
Zeti berkata pada minggu keempat Jun 2015, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut disertakan dalam mesyuarat Pasukan Petugas itu dengan berperanan menyelaraskan siasatan 1MDB dalam kalangan tiga agensi iaitu PDRM, SPRM dan BNM.
Bagaimanapun, katanya, pada 27 Julai 2015, Pasukan Petugas itu dibubarkan apabila perkhidmatan Abdul Gani tamat.
Beliau juga berkata bahawa tiada mesyuarat Pasukan Petugas diadakan oleh Mohamed Apandi selepas beliau mengambil alih sebagai Peguam Negara baharu.
Menurutnya, Abu Kassim pada 5 Ogos 2015, mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dinasihatkan oleh Peguam Negara baharu (Mohamed Apandi) bahawa Pasukan Petugas 1MDB tidak diperlukan dan setiap agensi penyiasat boleh menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang masing-masing.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 14 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Zeti (kanan) hadir bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 27 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
1MDB: Jho Low buka akaun, tiga bulan sebelum terima AS$700 juta - Saksi
Saksi memberitahu ahli perniagaan, Low Taek Jho membuka akaun bank Switzerland untuk syarikatnya, Good Star Ltd tiga bulan sebelum menerima AS$700 juta dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.
Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
1MDB akui tiada wang atau pelaburan selepas didenda RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi 1MDB mengaku tidak mempunyai wang atau pelaburan selepas bank pusat itu mengenakan denda berjumlah RM15 juta terhadap syarikat berkenaan.
BNM tahu AS$700 juta 1MDB masuk akaun syarikat Jho Low selepas 6 tahun - Zeti
Mahkamah Tinggi diberitahu hanya selepas hampir tujuh tahun, barulah Bank Negara mendapati wang AS$700 juta milik 1MDB telah masuk ke akaun salah iaitu syarikat Jho Low.
Hakim ingatkan orang ramai tidak ketawa terbahak-bahak ketika prosiding kes Najib
Hakim yang mengadili kes rasuah dana 1MDB dan pengubahan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada orang ramai di galeri awam supaya tidak ketawa terbahak-bahak semasa prosiding.
Dakwaan Jho Low masak pasta untuk keluarga 'tidak masuk akal', 'melampau' - Zeti
Itu jawapan tegas bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz apabila dicadangkan bahawa bahawa Jho Low yang rapat dengan suaminya, Datuk Tawfiq Ayman akan datang ke rumahnya.
Siasatan ke atas 1MDB untuk dapatkan semula wang, bukan dakwa Najib - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa matlamat akhir siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap 1MDB adalah mendapatkan semula wang 1MDB.
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd