PADANG BESAR: Murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Chuping perlu memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mata Ayer buat sementara berikutan kawasan sekolah berkenaan disahkan tidak selamat untuk diduduki.
Exco Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Perlis, Rozieana Ahmad berkata, SK Chuping telah digazetkan sebagai lokasi tidak selamat berikutan terdapat mendapan di kawasan padang sekolah dan boleh mengundang risiko kepada murid-murid.
Menurutnya, atas faktor keselamatan itu, semua 260 murid di sekolah berkenaan perlu dipindahkan dan meneruskan persekolahan di SMK Mata Ayer untuk tempoh tertentu.
“Dari segi struktur bangunan sekolah, memang disahkan selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) namun hasil kajian oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengesahkan ada berlaku mendapan tanah.
"Kita tidak boleh tunggu sekolah baharu dibina baru berpindah, proses pemindahan sementara perlu dilakukan segera,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Rozieana berkata, pihaknya sudah mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Chuping sebelum ini bagi mencapai konsensus berhubung perkara tersebut.
“Atas saranan daripada kerajaan negeri melalui beberapa siri Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, tindakan segera diambil dengan mengutamakan keselamatan terhadap warga sekolah.
Aspek keselamatan memang diberikan keutamaan terutama selepas persekitaran sekolah itu sudah digazetkan sebagai tidak selamat,” katanya.
Menurut Rozieana, pihaknya tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku seperti kejadian tanah jerlus di Kem Oran sebelum ini, dan insiden itu dijadikan sebagai panduan.
“Di kawasan sekolah lebih bahaya. Kita bimbang ketika sesi pengajaran, berlaku pula perkara tidak diingini,” katanya.
Tambah Rozieana lagi, JPN Perlis sedang menguruskan perpindahan sementara murid ke SMK Mata Ayer sebagai persediaan memulakan sesi persekolahan pada 4 Oktober depan.
“Sekiranya ada ibu bapa mahu pindahkan anak mereka ke sekolah lain berhampiran, ia dibenarkan. JPN sediakan data murid terlebih dahulu sebelum proses perpindahan dilakukan. Waris boleh rujuk kepada JPN berhubung perpindahan ini,” katanya.
Menurutnya lagi, JPN Perlis juga sudah mengenal pasti tapak sesuai di kawasan Chuping untuk pembinaan sekolah baharu selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 17 2021

Rozieana Ahmad (gambar kecil) berkata SK Chuping telah digazetkan sebagai lokasi tidak selamat berikutan terdapat mendapan di kawasan padang sekolah dan boleh mengundang risiko kepada murid-murid. -Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

SK Chuping digazet lokasi tidak selamat diduduki - Exco Perlis
Atas faktor keselamatan, semua 260 murid di sekolah berkenaan perlu dipindahkan dan meneruskan persekolahan di SMK Mata Ayer untuk tempoh tertentu.