KUALA LUMPUR:Kerajaan menjangkakan beberapa syarat dan caj tambahan baharu yang akan dikenakan kepada bakal haji sempena musim haji akan datang (1442H/2021M).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Al Bakri berkata, perkara itu susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan langkah keselamatan lebih ketat dikuatkuasakan oleh kerajaan Arab Saudi.
Katanya, langkah itu selari dengan usaha bagi membendung penularan wabak COVID-19.
“Oleh itu, para bakal haji juga perlu bersedia dari segi kewangan bagi memenuhi tuntutan ini nanti. Dijangka juga terdapat syarat pemilihan bakal haji dari aspek tahap kesihatan.
“Justeru, para bakal haji Malaysia harus sentiasa diingatkan untuk lebih bersedia dari segi kesihatan fizikal dan mental. Biasakan diri dengan norma baharu bagi memudahkan para bakal haji menyesuaikan diri jika terpilih mengerjakan ibadat haji nanti,” katanya ketika merasmikan program Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Zulkifli dalam sidang media menjelaskan, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan keputusan terbaik akan dibuat mengambil kira beberapa faktor.
"Kita juga akan berunding dengan Kerajaan Arab Saudi dalam masa terdekat dengan mengambil kira semua kos yang terkait dengan ibadah haji dan segala perincian lanjut akan dikeluarkan oleh Tabung Haji.
"Namun, kita tidak perlu risau (memikirkan kos) ini sebab kita akan beritahu dalam satu bahasa yang tidak mengejut dan tak munasabah," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menyarankan agar semua bakal haji untuk menambahkan wang simpanan sebagai persediaan terbaik.
Fauzi Suhaimi
Tue Dec 22 2020

ZULKIFLI: Para bakal haji juga perlu bersedia dari segi kewangan bagi memenuhi tuntutan ini nanti. - Astro AWANI/Shahir Omar
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

UNAM puji sikap kemanusiaan kerajaan Malaysia bantu Palestin
UNAM menyokong penuh dan mengesahkan pendirian kerajaan Malaysia yang konsisten dan berprinsip dalam perjuangan adil untuk tanah air Palestin.

Mahkamah The Hague tolak tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia
Pada 14 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, penuntut Sulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di empat negara.

Petisyen bebaskan Ain Husniza daripada tuntutan mahkamah dimulakan
Satu petisyen kepada kerajaan dimulakan di platform media sosial change.org sebagai usaha membebaskan pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam daripada tuntutan mahkamah sebanyak RM1 juta.

Enam utas jam tangan mewah bernilai RM142,410 dibeli secara tunai - Saksi
Saksi berkata enam utas jam tangan jenama Omega pelbagai model telah dibeli oleh seorang individu di sebuah kedai menjual jam tangan mewah di Pavilion, tiga tahun lepas.

Anonymous Malaysia dakwa pegawai kerajaan dalang kebocoran data peribadi
Anonymous Malaysia dakwa pegawai kerajaan dan vendor terima rasuah dengan menggodam dan menguasai sistem serta melepaskan warga asing.

Situasi pandemik: Syarat, kos tambahan baharu dijangka dikenakan kepada bakal haji
Langkah itu selari dengan usaha bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Kerajaan bantu hampir 2,000 rakyat Malaysia terkandas di Thailand pulang ke tanah air
Hubungan rapat antara pemimpin kedua-dua negara telah memudahkan usaha kedutaan membantu mereka.

Ekonomi sara hidup wajib segera dilaksana, tapi kerajaan berdepan halangan besar
Dalam keadaan di mana kerajaan perlu dengan segera laksnakan program ekonomi sara hidup ini, terlalu banyak ranjau menunggu di depannya.

'Ulat Haji Furada' boleh untung sehingga RM20,000 bagi satu visa
Malangnya, ada antara mereka hanya mengejar keuntungan sehingga agensi pelancongan dan jemaah haji tertipu.

Kerajaan teliti kontrak sewaan jangka panjang hotel jemaah haji
Kerajaan tidak boleh membeli secara terus hotel-hotel di Arab Saudi kerana terikat dengan syarat di negara berkenaan.