KUALA LUMPUR: Isu pengangguran dan gaji permulaan rendah dalam kalangan siswazah baharu adalah sementara, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman mengulangi kenyataan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan bahawa situasi yang tidak menggalakkan berikutan persekitaran ekonomi yang amat mencabar pada masa ini disebabkan COVID-19, akan terkawal tidak lama lagi.
Beliau berkata apabila ekonomi mula pulih dan stabil, tahap gaji permulaan akan kembali kepada kadar pasaran yang kompetitif dan siswazah akan dapat menjangka gaji yang lebih tinggi berdasarkan prestasi dan produktiviti mereka.
"Kami ingin menasihati siswazah untuk tidak terlalu bimbang dengan gaji permulaan yang rendah pada masa ini berikutan majikan menghargai pekerja berdasarkan prestasi yang baik dan produktiviti yang tinggi. Apabila pekerja mula memberi sumbangan dan mencatatkan prestasi, mereka akan diberi penghargaan yang sewajarnya," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pengalaman bekerja akan menjadikan siswazah itu lebih mudah dipasarkan dan mendapat pekerjaan.
Menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia melalui pelbagai agensi termasuk HRDF dan PERKESO telah mengadakan banyak program untuk melengkapkan siswazah yang menganggur dengan kemahiran yang relevan.
"Program ini seperti E-Latih dirangka untuk mendorong pekerjaan dan benar-benar berkesan berikutan industri turut terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021

Isu pengangguran dan gaji permulaan rendah dalam kalangan siswazah baharu adalah sementara, menurut MEF. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Siswazah baharu: Gaji permulaan rendah adalah sementara - MEF
Isu pengangguran dan gaji permulaan rendah dalam kalangan siswazah baharu adalah sementara, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Syarikat ambil lebih banyak graduan baharu dalam tempoh dua tahun - Kajian
Tinjauan yang dilakukan terhadap 196 organisasi di Malaysia mendapati 73.41 peratus responden memberitahu mereka berhasrat mengambil pekerja dalam kalangan siswazah baharu, tahun depan.

Proton, Bank Rakyat tawar skim pembiayaan istimewa kepada siswazah baharu, penjawat awam
Tawaran terhad kepada siswazah rakyat Malaysia baharu berumur antara 20 dan 30 tahun, dan penjawat awam berumur 18 hingga 60 tahun untuk pembelian Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga.