PUTRAJAYA: Sistem visa pekerja mahir asing bersepadu menerusi pendekatan ‘single window’ dijadual dilaksanakan mulai 15 Jun ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, proses permohonan pas penggajian bagi ekspatriat melalui sistem Xpats Gateway akan dijalankan secara berfasa, dan mampu memendekkan proses permohonan dari 87 hari kepada tempoh lima hari bekerja.
Jelas beliau, proses tersebut juga dijangka mengurangkan karenah birokrasi, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam usaha menarik pelabur-pelabur asing.
“Fasa 1 akan melibatkan sebahagian besar agensi-agensi dan pihak swasta hanya perlu pergi kepada sistem Xpats Gateway yang dioperasikan oleh pihak TalentCorp.
“Manakala, Fasa 2 melibatkan agensi pelulus dan agensi kawal selia seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang sudah ada sistem sedia ada. (Tetapi) pasukan di TalentCorp sedang berusaha mengintergariskan melalui Application Programme Interface (API) akan sedia digunapakai selewat-lewatnya pada 15 Ogos depan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), di sini pada Rabu.
Rafizi yang juga Pengerusi Bersama Pemudah berkata, semua pihak berkepentingan terutamanya agensi pelulus dan kawal selia yang terlibat secara langsung dalam pengurusan ekspatriat dikehendaki memperkemaskan tadbir urus dan proses kelulusan permohonan pas penggajian.
“Kita yakin ini isyarat penting untuk ekonomi dan pelabur asing yang menunjukkan kerajaan serius bekerjasama dengan pihak swasta bagi mengalakkan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan di negara ini,” ujarnya.
Rafizi turut berkata, Pemudah juga bersetuju berhubung penstrukturan semula kontrak dalam industri pembersihan dan pencucian.
Jelas beliau, kaedah kontrak akan bertukar daripada berdasarkan bilangan pekerja kepada kontrak berdasarkan prestasi.
“Dengan pelaksanaan kontrak berdasarkan prestasi, kontraktor harus mematuhi kriteria tertentu, yang merangkumi pelan peningkatan produktiviti, inovasi, dan teknologi, di samping kriteria operasi, harga, kualiti, dan rekod kerja.
“Pelaksanaan ini mampu mengubah industri pembersihan dan pencucian daripada industri yang intensif buruh dan berkemahiran rendah kepada industri yang berkemahiran tinggi dan berasaskan teknologi.
“Ini juga akan memberi impak kepada struktur ekonomi dengan memajukan industri ke rantaian nilai yang lebih tinggi, di samping menarik pekerja tempatan kembali ke sektor ini,” katanya.
Kerajaan akan melaksanakan projek rintis dengan kaedah baharu di tempat yang berimpak besar, sebelum melaksanakannya di seluruh negara, tambahnya.
Hasimi Muhamad
Wed May 31 2023
Rafizi (tengah) berkata, proses permohonan pas penggajian bagi ekspatriat melalui sistem Xpats Gateway akan dijalankan secara berfasa - Foto/AWANI/Shahir Omar
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Selami nilai kasih sayang, kukuhkan semangat persaudaraan
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengajak rakyat Sarawak menyelami nilai kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai, memohon kemaafan serta mengukuhkan semangat persaudaraan yang tulus antara satu sama lain sempena sambutan Krismas.
Pengusaha bot penambang ambil langkah berjaga-jaga
Pengusaha atau pengendali bot penambang di daerah Sandakan sentiasa memastikan keselamatan penumpang terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan pada 14 Disember lepas.
RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a
Pembaharuan dalam RMK13 pastikan projek lambat, sakit dikurangkan - Rafizi
Rafizi berkata sebahagian projek sakit berpunca daripada masalah tanah belum diselesaikan ketika permohonan untuk kelulusan projek dan peruntukan dilakukan.
Kerajaan akan perkemas pelaksanaan projek RMK13, elak kelewatan
Kerajaan Pusat memberi komitmen memperbaiki dan memperkemaskan proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek sakit di Sabah.
Malaysia sasar tingkat kerjasama, perdagangan dengan negara lain pada 2025 - Rafizi
Tiga aspek itu adalah keutamaan pembangunan, prinsip jiran yang baik serta pemikiran yang melangkaui perdagangan.
Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi
Cadangan berkaitan definisi dan pengelasan kumpulan pendapatan T15 sedang diperhalusi dan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
Pengelasan golongan T15 bagi penyasaran RON95 diumum pertengahan 2025 - Rafizi
Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.