KOTA KINABALU: Penjawat awam di negara ini amat memerlukan sebuah sistem saraan baharu bagi membantu mereka berdepan peningkatan kos sara hidup, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat.
Beliau menyifatkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dilaksanakan sejak 2002 bagaikan kerangka 'rumah lama' yang sudah tidak sesuai.
Katanya antara faktor yang perlu diteliti bagi sistem baharu itu termasuk kos sara hidup masa kini, struktur jabatan serta skop kerja yang telah berubah dan tahap kelayakan bagi memasuki suatu skim perkhidmatan.
Bagaimanapun, Adnan berkata Cuepacs memahami kerajaan memerlukan masa untuk memuktamadkan suatu sistem saraan baharu yang bersesuaian, justeru pihaknya memohon kerajaan agar melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada, seperti kenaikan elaun atau imbuhan tetap lain.
"Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana prihatin dengan permohonan kami antaranya dengan kenaikan gaji penjawat awam menjelang pembentangan Belanjawan negara pada Oktober akan datang. Kami zahirkan rasa terima kasih ini dengan produktiviti, kualiti dan integriti dalam kerja.
"Namun, kita mahukan sistem saraan baharu menggantikan SSM, tetapi jika kerajaan tidak mampu pada masa ini kita mohon kerajaan berikan kenaikan seperti imbuhan tetap lebih awal..." katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Penjawat Awam Sempena Program Merdeka MADANI Cuepacs di sini semalam.
Pada 11 Ogos lepas, Anwar dilaporkan berkata kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.
Perdana Menteri berkata ia sebagai langkah sementara, sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, dijangka tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Adnan (tiga, kiri) ketika hadir pada majlis perhimpunan penjawat awam sempena Program Merdeka MADANI Cuepacs 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, 18 Ogos 2023. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sistem saraan baharu bantu penjawat awam tangani peningkatan kos sara hidup - Cuepacs
Adnan menyifatkan Sistem Saraan Malaysia yang dilaksanakan sejak 2002 bagaikan kerangka 'rumah lama' yang sudah tidak sesuai.

Sistem saraan baharu tertakluk kedudukan kewangan kerajaan - KSN
Kerajaan memberi perhatian terhadap perkara itu dengan proses pembaharuan sistem berkenaan masih dalam peringkat kajian.