Kerajaan akan terus meningkatkan kecekapan dan integriti perkhidmatannya bagi membantu semua masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga akan terus menunaikan komitmennya terhadap gagasan 1Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara Malasyia yang bersatu padu bagi mencapai Wawasan 2020 yang semakin menghampiri sasarannya.
Dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2015 yang dimuatkan dalam blognya NajibRazak.com, perdana menteri berkata Tahun Baharu Lunar itu adalah antara perayaan yang disambut secara besar-besaran di negara ini kerana ia mencerminkan permulaan kalendar baharu Cina dan sekali gus bermulanya lembaran baharu kehidupan.
Katanya ia juga merupakan masa bagi keluarga dan sahabat handai untuk berkumpul dan bersuka ria sambil menghargai yang lama dan meraikan yang baharu.
"Hari ini, kita semua adalah tetamu...yang diundang ke rumah jiran daripada kaum Cina dalam semangat tulen 1Malaysia, untuk meraikan kekayaan tradisi budaya masyarakat Cina.
"Saya sekeluarga sentiasa menghargai layanan rakyat Malaysia daripada kaum Cina, khususnya bersempena sambutan ini," katanya.
Najib berkata Tahun Baharu Cina mengingatkan rakyat tentang kepelbagaian yang menjadikan Malaysia sebuah negara luar biasa, manakala kesepaduan negara ini terjalin melalui kepelbagaian etnik, bahasa dan kepercayaan.
"Kepelbagaian inilah yang kita raikan, hargai dan pertahankan," kata beliau. Najib juga mengalu-alukan kunjungan para pelawat ke negara ini pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dengan berkata: Walau di mana jua anda berada di negara kami yang indah ini, saya harap keunikan pemandangan, gema suara, suasana dan bau-bauan yang lahir daripada temasya ini akan memberi inspirasi kepada
anda."
Katanya, di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi pada tahun lepas, Tahun Baharu Cina membuka lembaran baharu bagi Malaysia dan beliau berharap Tahun Kambing akan terus membawa keharmonian dan perpaduan kukuh kepada Malaysia.
"Dan semoga Tahun Kambing juga membawa kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan kepada kita semua. Selamat Tahun Baharu. Gong Xi Fa Cai," katanya.
Bernama
Wed Feb 18 2015
![Sistem penyampaian perkhidmatan efisien kepada semua kaum Sistem penyampaian perkhidmatan efisien kepada semua kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41422359189_295x200.jpg)
Najib berkata, di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi pada tahun lepas, Tahun Baharu Cina membuka lembaran baharu bagi Malaysia. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Najib bantah permohonan Majlis Peguam cabar keputusan Lembaga Pengampunan Najib bantah permohonan Majlis Peguam cabar keputusan Lembaga Pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib bantah permohonan Majlis Peguam cabar keputusan Lembaga Pengampunan
Najib Razak memfailkan bantahan awal terhadap tindakan Majlis Peguam mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda.
![Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722410912_TBNajib.jpg)
Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan
Pejabat Peguam Negara belum memutuskan mengenai representasi Najib bagi menggugurkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International.
![Mahkamah tolak permohonan Najib, anak lelaki tangguh prosiding bankrap Mahkamah tolak permohonan Najib, anak lelaki tangguh prosiding bankrap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692790501_NajibNazifuddin.jpg)
Mahkamah tolak permohonan Najib, anak lelaki tangguh prosiding bankrap
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka.
![Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
![Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680501625_NajibIrwan.jpg)
Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib dan Mohd Irwan Serigar supaya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dari tuduhan pecah amanah RM6.6 bilion.
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687059960_TanSriNohOmar.jpg)
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
![Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
![Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719902869_TBNajibjpg.jpg)
Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan
Najib dibenarkan untuk menyertai prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia, bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.