Kementerian Kesihatan Malaysia akan menaik taraf sistem pendawaian elektrik 50 hospital kerajaan melibatkan kos antara RM500 juta hingga RM600 juta.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keutamaan kerja menaik taraf itu akan dijalankan secara berperingkat kepada hospital yang berusia lebih 50 tahun.
"Selain itu, kami juga sudah mengenal pasti hospital yang berusia lebih 30 tahun dan juga perlu diperbaiki sistem pendawaian elektriknya bagi memastikan keselamatan bangunan sentiasa terjamin.
"Kami sudah berbincang dengan Perdana Menteri untuk peruntukan tambahan dan berharap agar kerja-kerja penambahbaikan ini dapat dilakukan segera," katanya kepada pemberita selepas meninjau kesan kebakaran kecil di Hospital Segamat semalam, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr Rooshaimi Merican A. Rahim Merican, Pengarah Hospital Segamat Dr Mohtar Ahmad dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Mohd Aizat Mamat.
Antara hospital lama yang terlibat ialah hospital yang berusia lebih 100 tahun iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor; Hospital Batu Gajah, Perak; Hospital Kuala Lumpur; Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kebakaran kecil di stor simpanan cadar dalam sebuah wad di Hospital Segamat semalam, mungkin tiada kaitan dengan kecuaian manusia.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Segamat bagaimanapun berkata, pihak kementerian sedang menunggu laporan siasatan untuk jawapan yang kukuh.
"Mereka masih menyiasat punca kebakaran dan kami difahamkan bahawa sebelum kejadian terbabit, tiada siapa yang keluar masuk stor simpanan cadar berkenaan," katanya.
Kebakaran tersebut memusnahkan 10 peratus stor simpanan cadar hospital di bilik linen di Wad 3 itu dan mengakibatkan 45 pesakit Wad 3 dan 16 pesakit Wad 4 dikeluarkan sebagai langkah keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017

S. Subramaniam (kiri) melawat sebahagian pesakit yang dipindahkan akibat kebakaran bilik linen yang menyimpan kain, selimut dan pakaian pesakit di Hospital Segamat malam tadi. fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.

JKNS siasat dakwaan 'pengalaman ngeri' wanita bersalin di hospital kerajaan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang menyiasat dakwaan pengalaman ngeri seorang wanita menjalani pembedahan bersalin di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.

Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.

24 termasuk 12 bayi baru lahir mati dalam 24 jam di hospital kerajaan di India
Kematian di Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan Dr Shankarrao Chavan di Nanded itu dikaitkan dengan kekurangan ubat-ubatan dan kakitangan.

Penggantian segera untuk kekosongan jawatan doktor kontrak
Kementerian Kesihatan akan segera mengisi kekosongan jawatan doktor kontrak di klinik dan hospital kerajaan susulan penyerapan hampir 4,000 doktor kontrak ke jawatan tetap.

4,833 kes tertunggak akan diselesaikan dalam masa terdekat - Khairy
Jumlah kes yang masih tertunggak sehingga 31 Julai lepas itu melibatkan prosedur pembedahan.

92 peratus kes tertunggak bukan COVID-19 berjaya diselesaikan - Khairy
KKM kini dalam usaha untuk menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan yang tertunggak itu dalam tempoh terdekat.

Doktor hospital kerajaan antara enam ditahan edar dadah
Seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital kerajaan antara enam ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

Hospital swasta di Kedah mula terima pesakit COVID-19
Pada masa sama, dua lagi hospital kerajaan dibuka untuk menerima pesakit COVID-19, iaitu Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.