PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan segera mengisi kekosongan jawatan doktor kontrak di klinik dan hospital kerajaan susulan penyerapan hampir 4,000 doktor kontrak ke jawatan tetap, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata langkah penggantian itu dilakukan bagi mengelak kekurangan kakitangan perubatan selain memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.
"Apabila masuk penempatan daripada houseman (doktor pelatih) kepada pegawai perubatan (MO), tentu ada penggantian selepas itu.
"Jadi insya-Allah semua itu kita akan pertimbangkan. Jangan bimbang kemaslahatan petugas kita, kita akan ambil prihatin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 bertema "Kenali Ubat Anda: Pembudayaan Literasi Kesihatan", di sini hari ini.
Dr Zaliha berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hartal Doktor Kontrak (HDK) semalam yang memberi amaran masalah kekosongan jawatan di klinik dan hospital kerajaan bakal mengganggu kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.
Beliau berkata Jemaah Menteri pada 1 April lepas bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi yang menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, bagi menangani isu doktor kontrak.
Katanya jawatankuasa itu telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk dengan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (Schomos) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bagi melihat semua sudut, namun hasilnya belum dibentangkan kepada Kabinet.
Mengenai persidangan hari ini, Dr Zaliha berkata KKM mengambil maklum bahawa sebahagian masyarakat lebih gemar mengamalkan rawatan kendiri dengan membeli ubat di farmasi komuniti, kedai ubat tradisional dan pembelian dalam talian.
"Tanpa pengetahuan yang mendalam mengenai penyakit dan kesesuaian ubat yang diambil, pengguna berisiko terdedah kepada kesan mudarat yang membahayakan kesihatan mereka," katanya.
Justeru, katanya program berkenaan mendidik masyarakat supaya bijak membuat keputusan tentang kesihatan mereka serta tidak mudah terpedaya dengan iklan atau individu yang memberi janji manis, terutama yang melibatkan penyakit kronik serta mengandungi kenyataan superlatif seperti terbaik, berkesan, dijamin selamat dan mujarab.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023

Dr Zaliha berkata langkah penggantian itu dilakukan bagi mengelak kekurangan kakitangan perubatan selain memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan negara. - Foto Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

KKM pertimbang doktor kontrak lanjut pelajaran peringkat pakar setara Hadiah Latihan Persekutuan - Khairy
KKM sedang mempertimbangkan agar pegawai perubatan kontrak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kepakaran ke peringkat Sarjana melalui kemudahan setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan.

Segera serap doktor kontrak ke jawatan tetap - UNI-MLC
Tegas beliau, mereka juga merupakan manusia yang memerlukan taraf kerja dan kehidupan yang lebih baik.

Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.

Hartal Doktor Kontrak: PDRM atur penugasan pasukan pemantauan SOP - KPN
PDRM akan mengatur penugasan pasukan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memantau protes melibatkan doktor kontrak yang dijadual pada Isnin.

Doktor kontrak tidak akan hadir bertugas jika kerajaan gagal beri penjelasan
Gerakan Hartal Doktor Kontrak memberikan tempoh tiga minggu untuk kerajaan menyelesaikan kemelut kedudukan doktor kontrak kerajaan sebelum meneruskan mogok untuk tidak hadir bertugas.