KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital kerajaan ketika ini.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata perkara itu bukan sahaja membabitkan isu kebajikan petugas kesihatan malah kemampuan fasiliti kesihatan negara dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Kita pernah menghadapi situasi penularan COVID-19 sebelum ini yang hampir melumpuhkan sepenuhnya fasiliti kesihatan negara.
"Pengalaman tersebut sewajarnya menjadi pengajaran kepada kerajaan untuk memperkukuhkan lagi mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan di pelbagai peringkat bagi mengelakkan fasiliti kesihatan terpaksa beroperasi tanpa petugas mencukupi sehingga ada yang dikerah bertugas lebih masa demi menampung kekurangan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kejadian tular memaparkan gambar papan putih di sebuah fasiliti kesihatan memohon maaf dan memaklumkan mengenai kekurangan doktor yang menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lama sehingga lima jam.
Cuepacs katanya memandang serius perkara itu dan tidak mahu isu kebajikan petugas kesihatan diabaikan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan berjalan seperti biasa.
"Mereka ini tetap manusia yang memerlukan rehat mencukupi, melakukan aktiviti sosial dan mempunyai keluarga perlu diberi perhatian," katanya.
Adnan berkata semua ketua jabatan perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi kekurangan petugas kesihatan dengan menyalurkan isu tersebut kepada pihak atasan di Kementerian Kesihatan (KKM) agar pengisian jawatan dapat disegerakan.
Mengenai gambar papan putih yang tular itu, beliau berkata Cuepacs berharap tiada sebarang tindakan diambil terhadap petugas kesihatan terbabit dan perkara itu perlu ditangani secara positif tanpa mengabaikan keluh-kesah diutarakan demi memastikan kebajikan penjawat awam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Adnan berkata perkara itu bukan sahaja membabitkan isu kebajikan petugas kesihatan malah kemampuan fasiliti kesihatan negara dalam memberikan perkhidmatan terbaik. - Foto Bernama

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Tangguh waktu kerja jururawat: Tempoh sesuai semua pihak beri pandangan - Cuepacs
Cuepacs yakin kerajaan akan menangani perkara itu dengan baik, sekali gus memastikan sistem penyampaian kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.

CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.

Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.

Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.

Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.

Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.

Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.

Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.

Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.