KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan peluasan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) secara bersepadu ke seluruh negara melalui 'cloud deployment' atau penggunaan pengkomputeran awan pada 2026.
Timbalan Menteri berkenaan Lukanisman Awang Sauni berkata ketika ini KKM sedang melaksanakan projek perintis EMR di Negeri Sembilan yang melibatkan peluasan sistem EMR secara penggunaan awan itu ke semua fasiliti KKM, pembangunan platform perkongsian maklumat kesihatan bersepadu dan perluasan integrasi ke semua fasiliti KKM serta pembangunan klinik virtual di negeri itu.
"Melalui projek perintis EMR di Negeri Sembilan, kerajaan akan berupaya menguruskan risiko pelaksanaan inisiatif EMR seperti faktor ketersediaan fasiliti termasuklah bekalan elektrik, ketersediaan infrastruktur ICT dan lain-lain keperluan naik taraf fasiliti.
"Selain itu, dasar berkaitan perkhidmatan yang terlibat dapat diperkukuhkan dan juga lain-lain keperluan seperti penambahan sumber manusia dan peningkatan tahap kompetensi terhadap sistem EMR," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Dr A. Lingeshwaran yang ingin tahu mengapa perlu menunggu sehingga 2026 untuk memulakan inisiatif EMR sedangkan banyak negara telah mempunyai sistem tersebut dan mengapa projek perintis masih diperlukan.
Lukanisman berkata inisiatif EMR telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Ke-Enam melalui pelaksanaan sistem maklumat pesakit di hospital dan di klinik-klinik kesihatan serta pelaksanaan pelbagai sistem sokongan klinikal seperti sistem maklumat pengimejan, sistem maklumat makmal dan sistem maklumat farmasi.
"Setakat ini, 41 daripada 149 hospital KKM iaitu 27.5 peratus dan 103 daripada 1,086 klinik kesihatan KKM iaitu 9.5 peratus telah mempunyai sistem pengurusan pesakit. Bagi klinik pergigian pula, 31 daripada 704 klinik pergigian KKM iaitu 4.4 peratus telah mempunyai sistem pengurusan pesakit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Malaysia pertahan kedaulatan di Mahkamah Agung Perancis
Malaysia akan terus berjuang menentang penipuan Kumpulan Sulu di bidang kuasa lain yang terlibat, termasuk di Sepanyol dan Luxembourg.
Dua geran bantu mula, kembang projek pertanian dilancar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini melancarkan Geran “Start-Up” dan “Scale-Up” bagi membantu golongan muda dalam sektor pertanian dan agromakanan mengurangkan kos permulaan serta mengembangkan projek pertanian.
Prospek meningkat bukti pelabur percaya kebolehan negara
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, pelaburan yang diluluskan berjumlah hampir RM84 bilion untuk suku pertama 2024 mencerminkan kepercayaan pelabur terhadap Malaysia.
RON97, diesel turun lagi
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 6 sen manakala diesel turun sebanyak 6 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 September 2024.
Ini menurunkan harga kedua-dua minyak itu masing-masing kepada RM3.19 dan RM2.95 seliter.
Ini menurunkan harga kedua-dua minyak itu masing-masing kepada RM3.19 dan RM2.95 seliter.
Malaysia teliti penggunaan nuklear sebagai tenaga alternatif
Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk melihat nuclear sebagai salah satu alternatif bagi membolehkan negara berada di landasan yang tepat untuk menuju ke arah dekarbonisasi.
Menteri Sumber dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia perlu mencari tenaga alternatif memandangkan 80 peratus sumber tenaga elektrik datang daripada arang batu dan gas asli, dan kerajaan telah pun memutuskan tiada loji arang batu yang baharu
Menteri Sumber dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia perlu mencari tenaga alternatif memandangkan 80 peratus sumber tenaga elektrik datang daripada arang batu dan gas asli, dan kerajaan telah pun memutuskan tiada loji arang batu yang baharu
Malaysia, Tajikistan perkukuh hubungan dua hala - Ahmad Zahid
Malaysia dan Tajikistan akan terus memperkukuh hubungan dua hala terutama dalam sektor ekonomi, pendidikan serta kebudayaan.
Angkatan bersenjata Singapura hantar bantuan kemanusiaan ke negara terjejas Taufan Yagi
Bantuan itu merangkumi selimut, kit kebersihan, penapis air, bekas air mudah alih serta pek makanan.
Kelindan lori maut dihempap gulungan tembaga
Seorang kelindan lori maut selepas dihempap gulungan tembaga seberat dua tan di Kemaman.
Kejadian berlaku apabila lori kargo yang dinaikinya terbalik selepas melanggar sebuah lori rosak di lorong kecemasan.
Kejadian berlaku apabila lori kargo yang dinaikinya terbalik selepas melanggar sebuah lori rosak di lorong kecemasan.
Pengerusi sebuah pusat pengajian agama dituduh amang seksual remaja
Seorang pengerusi sebuah pusat pengajian agama swasta dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajarnya dalam tiga kejadian berbeza.
Tertuduh, Mohd Hafidz Eshak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
Tertuduh, Mohd Hafidz Eshak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
SPRM jumpa wang tunai hampir RM800,000 dalam bilik tidur pegawai imigresen
SPRM mendedahkan hampir RM800,000 wang tunai dijumpai di bilik tidur dua pegawai imigresen yang terlibat dalam sindiket "counter setting".
Sistem EMR dilaksana secara bersepadu di seluruh negara pada 2026
Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan peluasan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) secara bersepadu ke seluruh negara melalui penggunaan pengkomputeran awan pada 2026.