Ketibaan Sirhajwan Idek, 29 tahun seorang guru Kolej Vokasional Keningau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam ini disambut bak perwira negara oleh lebih 200 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, pelajar dan rakan-rakan sejawatnya.
Sirhajwan, anak kelahiran dari Kota Belud itu mengharumkan nama negara selepas mencipta sejarah apabila menjadi pemenang Anugerah Award for Citizenship Global Educational Supplies and Solutions (GESS) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, pada Rabu.
Turut berada di KKIA menyambut ketibaannya ialah Menteri Pendidikan; Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua Setiausaha kementerian; Datuk Seri Alias Ahmad, Pengarah Pendidikan Sabah; Datuk Maimunah Suhaibul, bapa dan ibunya, Idek Asal, 66 tahun serta Bintek Abd. Rahman, 66 tahun.
Untuk rekod, kejayaan di Dubai adalah kali keempat diraih oleh guru kolej vokasional berkenaan dimana pada tahun lalu, Sirhajwan muncul sebagai juara dunia bagi Anugerah Inovasi serta Keusahawanan Cemerlang Antarabangsa Dalam Pengajaran di Paris, Perancis.
Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu, dia amat bersyukur dengan kejayaan terbabit walaupun tidak menjangka untuk dinobatkan pemenang dan menjadikannya sebagai dorongan untuk terus berkembang maju dalam bidang pendidikan.
"Saya berpendapat kejayaan ini menunjukkan guru di Malaysia amat berdaya saing dan mahir dalam apa yang dilakukan selain mampu membina perspektif positif.
"Ini kerana profesion sebagai guru tidak dilihat sebagai suatu berprestij dan kadang-kadang ada benda negatif dikaitkan dengan mengajar dan perkara yang baik mengenainya adalah sebenarnya profesion yang menarik," katanya.
Sementara itu, Mahdzir berkata, pihak kementerian amat berbangga dan terhutang budi dengan Sirhajwan yang dilihat bukan sahaja mengharumkan nama negara bahkan menaikkan profesion guru tanahair ke peringkat antarabangsa.
"Kementerian ingin mengucapkan tahniah dan syabas ke atas award (anugerah) yang dimenangi oleh beliau yang menunjukkan bahawa guru di Malaysia juga adalah sebenarnya adalah guru yang excellent (cemerlang).
"Guru yang mampu sebenarnya untuk mengangkat profesion ini ke persada antarabangsa dan terbukti apabila ada dikalangan kita yang telah memenangi anugerah itu," katanya lagi
Ruzaini Zulkepli
Fri Mar 02 2018
Sirhajwan mengharumkan nama negara selepas mencipta sejarah apabila menjadi pemenang anugerah Award for Citizenship Global Educational Supplies and Solutions (GESS) di Dubai, UAE. - Foto Astro AWANI / Ruzaini Zulkepli
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Daneshen raih perak di Dubai, sahkan tiket ke Paralimpik Paris
Atlet memanah para negara, G. Daneshen berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024.
Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.
Pengeksportan Orkid Mokara ke Dubai jadi penanda aras industri orkid negara
Pengeskportan orkid ke Dubai mudah kerana tidak memerlukan rawatan kuarantin dan hanya perlu memenuhi syarat PC yang dikeluarkan DOA.
Dubai akan mempunyai perkhidmatan teksi terbang bermula 2025
Joby Aviation menerima lesen untuk menawarkan perkhidmatan teksi terbang di Dubai bermula 2025 secara eksklusif selama enam tahun.
Eksport orkid Malaysia mampu sumbang RM4 bilion setahun kepada industri florikultur
120 hektar tanah ladang diperlukan bagi mengusahakan tanaman orkid untuk memenuhi permintaan terhadap bunga itu terutamanya dari Dubai.