Singapura sedang meneroka pendekatan dan pedagogi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran Islam bagi membantu dan mencorak model untuk kolej Islamnya sendiri.
Ini dinyatakan oleh Perdana Menteri republik itu Lee Hsien Loong di dalam ucapan Bahasa Melayunya sempena Rapat Hari Kebangsaan 2019 yang berlintas langsung di ITE College Central di sini pada Ahad.
Katanya Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) yang memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu Islam Singapura akan melancarkan Post-graduate Certificate in Islam in Contemporary Socities (PCICS) pada tahun hadapan.
"Kursus ini adalah bagi siswazah agama di luar negara apabila mereka pulang ke sini. Ini supaya mereka dilatih untuk mereka menerapkan apa yang mereka pelajari dalam konteks Singapura.
"Kami juga berharap untuk meneroka pendekatan dan pedagogi baru dalam pengajaran dan pembelajaran Islam. Ini akan membantu dalam mencorak model untuk kolej Islam kita sendiri yang bakal melatih generasi Asatizah yang baru di Singapura," kata Lee.
Menurutnya, Singapura mahu golongan Asatizah yang bermutu tinggi dan menjadi pemimpin yang berkeyakinan pada masa hadapan.
Katanya satu jawatankuasa bagi mengkaji cara-cara meningkatkan profesionalism Asatizah juga telah dibentuk dan diketuai oleh Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman.
"Ia sebagai lanjutan daripada Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS). Saya nanti-nantikan saranan mereka,"katanya.
Dilaporkan di sini pada Februari bahawa bilangan guru agama Islam yang diakreditasi di bawah skim kebangsaan di Singapura telah meningkat kepada lebih 4,000, naik daripada 3,000 pada 2017.
ARS, yang menjadi wajib mulai 2017, memerlukan guru agama untuk mematuhi kod etika yang termasuk tidak menggalakkan ekstremisme atau keganasan, atau tidak membantah kumpulan kaum dan agama yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 18 2019
Ini dinyatakan oleh Perdana Menteri republik itu Lee Hsien Loong di dalam ucapan Bahasa Melayunya sempena Rapat Hari Kebangsaan 2019 yang berlintas langsung di ITE College Central di sini pada Ahad. Foto: Bernama
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.
Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar
Potensi pelaburan patut syariah kekal kukuh walaupun terdapat ketidakstabilan pasaran dan kadar faedah yang tidak menentu.