PADANG BESAR: Kegiatan pengedaran dadah yang didalangi sepasang suami isteri dikenali sebagai sindiket 'Wa' terbongkar selepas polis menemukan dadah yang ditanam sedalam 35 sentimeter berhampiran rumah suspek di sini.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Saifudin Aslin Abbas berkata, polis merampas 4.17 kilogram dadah jenis syabu dan ganja dianggarkan bernilai RM84,191 serta menahan empat suspek menerusi tiga serbuan berasingan.
"Hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Padang Besar dengan dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis sejak Julai, telah membawa kepada penahanan seorang suspek wanita warga tempatan berusia 21 tahun yang merupakan isteri kepada dalang sindiket tersebut di hadapan sebuah gerai dekat sini pada 16 Ogos (Isnin).
"Semasa pemeriksaan dibuat kira-kira pada 12.15 tengah hari, suspek telah menyerahkan bekas plastik dan apabila diperiksa didapati mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat 52.72 gram," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya hasil maklumat daripada penahanan tersebut membawa kepada serbuan kedua yang dilakukan pada keesokan hari (17 Ogos) di sebuah rumah di daerah ini kira-kira pada 2.45 petang.
"Polis telah menahan dua suspek iaitu seorang lelaki warga Thailand berusia 33 tahun yang merupakan dalang utama dan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun.
"Hasil pemeriksaan telah menemukan sejumlah dadah disyaki jenis syabu seberat 2,149 gram dan ganja seberat 1,972 gram yang disimpan di dalam beg kain dan ditanam berhampiran rumah suspek," katanya.
Saifudin berkata kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Beliau berkata pada serbuan ketiga yang dilakukan pada 20 Ogos (Jumaat), polis menahan seorang lagi suspek lelaki warga Thailand berusia 20 tahun di rumah tidak bernombor di sini pada 9 malam dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Saifudin berkata polis turut merampas sebuah kereta Honda Civic bernilai RM40,000 dan semua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Beliau berkata hasil semakan rekod lampau juga mendapati kedua-dua suspek yang ditangkap dalam serbuan kedua mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021

Polis merampas 4.17 kilogram dadah jenis syabu dan ganja dianggarkan bernilai RM84,191 serta menahan empat suspek. - Bernama

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.

Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama

Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.

Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.