KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor berjaya menumpaskan sindiket disyaki terbabit dalam aktiviti memindahkan gas (decanting) LPG di sebuah stor haram di dalam ladang kelapa sawit sekitar Sungai Pelek, Sepang.
Menurut KPDN Selangor dalam satu kenyataan, pihaknya menahan lima lelaki termasuk tiga warga Myanmar berumur lingkungan 35 hingga 45 tahun dalam serbuan di bawah Ops Tiris 3.0, pada Rabu.
"Serbuan dijalankan hasil pemerhatian selama dua minggu oleh pasukan risik KDPN Selangor yang mendapati terdapat aktiviti memindahkan gas LPG demi mengaut keuntungan daripada harga subsidi.
"Risikan mendapati wujudnya hubungan urus niaga meragukan antara stor haram dan premis pemborong gas yang berada di kawasan berdekatan.
"Pemeriksaan lanjut ke atas pemborong tersebut dilaksanakan dan pasukan serbuan telah mengeluarkan notis arahan pengisytiharan stok kepada pemilik premis pemborong tersebut selain tindakan sitaan ke atas peralatan perakam kamera litar tertutup turut dibuat bagi tujuan tujuan siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, KPDN Selangor berkata, serbuan ke atas stor haram yang dijadikan tempat pengumpulan dan pemindahan gas LPG secara tidak sah itu mendapati, premis berkenaan tidak mempunyai lesen menyimpan barang kawalan gas LPG.
Tambah kenyataan itu, aktiviti memindahkan gas LPG menggunakan kaedah tradisional ais batu untuk memindahkan gas LPG dari tong 14 kilogram (kg) yang bersubsidi kepada tong gas LPG 50kg kegunaan industri yang tidak bersubsidi.
"Disyaki sindiket ini menjalankan aktiviti menjual gas dalam tong 50kg (jenis industri) yang diisikan dengan gas bersubsidi kepada pihak industri pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran sebenar.
"Susulan itu, KPDN Selangor telah menyita sebuah lori muatan 5 tan, 38 tong gas LPG 14kg, 98 tong gas LPG 50kg, 118 tong gas LPG 12kg serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pemindahan gas.
"Anggaran keseluruhan nilai rampasan di dalam kes ini mencecah RM100,000.00," katanya.
KPDN Selangor berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan turut menfokus untuk mengenal pasti individu atau syarikat rantaian pengedar dan sumber bekalan LPG bersubsidi yang dimanipulasi.
Afiezy Azaman
Thu Jun 27 2024

Lima lelaki termasuk tiga warga Myanmar berumur lingkungan 35 hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan di bawah Ops Tiris 3.0, pada Rabu. - Foto KPDN

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza Mesir sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Stor haram sorok LPG diserbu di Selama
Sebanyak 95 unit tong gas petroleum cecair (LPG) dengan nilai dianggarkan RM8,457.60 disita dalam serbuan ke atas sebuah premis.

KPDN Selangor rungkai taktik baharu seleweng LPG subsidi di Puchong
KPDN Selangor bongkar taktik baharu penyelewengan LPG di Puchong, dengan rampasan tertinggi RM1.6 juta.

Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak
Tiada kenaikan harga bagi gas petroleum cecair (LPG) Petros di seluruh negeri ini walaupun berlaku gangguan bekalan akibat banjir di Bintulu baru-baru ini.

KPDN serbu stor haram simpan LPG di Johor
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mematahkan cubaan menyeleweng gas petroleum cecair (LPG) selepas menyerbu sebuah premis dijadikan stor untuk menyimpan dan mengedar bahan

Sindiket pindahkan gas LPG subsidi kepada industri tumpas - KPDN Selangor
Lima lelaki termasuk tiga warga Myanmar berumur lingkungan 35 hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan di bawah Ops Tiris 3.0, pada Rabu.

KPDN Johor rampas 28 tong gas LPG dari kedai dobi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merampas 28 tong gas petroleum cecair (LPG) dari sebuah premis dobi di Taman Ekoperniagaan di sini Selasa lepas kerana disyaki meny

Gagal dapat wang punca lelaki pukul ibu, ancam letup tong LPG - Polis
Menurut polis, suspek didapati bertindak sedemikian berikutan gagal mendapatkan wang daripada ibunya itu.

Ladang ayam bakal dikenakan tindakan, simpan LPG tanpa permit
KPDN sita 84 tong gas LPG berjenama dan 97 tong kosong berjenama dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM20,334.40.

Misi Rahmah ekonomi sempadan Malaysia-Brunei tingkatkan kerjasama perdagangan
Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei mampu meningkatkan keterjaminan bekalan barangan keperluan serta kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara.

Nenek 16 cucu gigih angkat tong gas demi rezeki
Tiada istilah rehat atau penat dalam kamus hidupnya untuk membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukan pekerjaan itu.