Jabatan Imigresen Perak berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan Malaysia sebagai transit untuk warga India, sebelum dihantar ke negara-negara Eropah.
Kejayaan itu adalah susulan tangkapan pasangan suami isteri dan anak mereka di Baling, Kedah, yang dipercayai menjadi dalang utama sejak 10 tahun lalu.
Suami pasangan itu merupakan seorang warga India manakala isteri dan anak mereka warga Malaysia.
Turut ditahan, tiga anggota polis berpangkat sarjan dan konstabel yang bertugas di sempadan Pengkalan Hulu di Gerik dan Betong, Thailand, yang dipercayai menjadi pengatur dan ejen pengangkut, membawa keluar warga India melalui pintu sempadan.
Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, kejayaan itu adalah hasil operasi empat hari yang dijalankan bersama-sama pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di beberapa lokasi di Perak dan Kedah mulai 20 Mei lalu.
“Kalau tengok modus operasi, mereka ini akan berhubung dengan sindiket dan sindiket akan mencari pasangan suami isteri, suspek utama kita, dan suspek akan mencari orang awam atau anggota pegawai awam, penjawat awam untuk membawa PATI-PATI ini keluar daripada sempadan Thailand.
“Kita juga dapat banyak kerjasama daripada Imigresen Thailand, IPK Perak, IPD Pengkalan Hulu, IPD Baling dan AKSEM untuk membenteras sindiket penyeludupan ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, pada Khamis malam.
Hasil operasi itu, pihak Imigresen turut memberkas 51 warga India di samping merampas wang tunai Malaysia berjumlah RM13,750, telefon bimbit, dua motosikal, tiga kereta, pasport, pas keluar sempadan palsu, pelekat kereta palsu dan cop palsu.
Menurut Kamalludin, berdasarkan siasatan awal, warga India masuk ke Malaysia melalui pintu masuk yang sah seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau Johor dan menetap di negara ini untuk tempoh satu atau dua tahun.
Mereka kemudiannya masuk ke Thailand melalui sempadan Pengkalan Hulu – Betong dengan bayaran antara RM4,000 dan RM5,000 seorang, sebelum dihantar ke eropah.
Kamalludin berkata, pihaknya menjangkakan beberapa tangkapan lagi akan dibuat berhubung kes itu.
“Kita yakin akan buat tangkapan lagi untuk kita menyelesaikan dan membanteras terutamanya penyeludupan di utara, melibatkan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, kerana kalau kita tengok modus utama suspek ini, ia melibatkan penyeludupan di utara,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 24 2019

Pihak Imigresen turut memberkas 51 warga India di samping merampas wang tunai Malaysia berjumlah RM13,750, telefon bimbit, dua motosikal, tiga buah kereta, pasport, pas keluar sempadan palsu, pelekat kereta palsu dan cop palsu. - Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sindiket penyeludupan warga India lumpuh
Kejayaan itu adalah hasil tangkapan pasangan suami isteri dan anak mereka di Baling, Kedah, yang dipercayai menjadi dalang utama sejak 10 tahun lalu.