PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong, Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata dalam operasi kira-kira 6.30 pagi itu, dua warga Bangladesh berusia 26 dan 28 tahun dipercayai orang kanan sindiket ditahan ketika membawa bungkusan mengandungi 105 naskah pasport palsu.
Beliau berkata susulan itu, seorang lagi suspek berusia 33 tahun dipercayai dalang utama sindiket ditahan di sebuah rumah yang dijadikan lokasi membuat pasport palsu.
"Pemeriksaan di rumah berkenaan membawa kepada penemuan 15 lagi pasport palsu serta peralatan membuat pasport antaranya kulit pasport, komputer riba serta mesin pencetak.
"Jumlah keseluruhan pasport palsu yang dirampas dalam operasi ini adalah 120 pasport antaranya pasport negara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ruslin berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama setahun dan mereka menyasarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau pasport sebagai pelanggan.
Menurutnya, pasport palsu itu dijual pada harga RM500 hingga RM700 bagi setiap satu dan mereka dipercayai mampu menghasilkan lima hingga 10 pasport palsu setiap hari bergantung kepada permintaan pelanggan.
Katanya, proses penghantaran pasport juga lebih moden apabila dipercayai menggunakan khidmat kurier dan segala transaksi pembayaran dilakukan secara dalam talian.
"Dua orang kanan itu ditahan ketika cuba pos pasport kepada pelanggan. Modus operandi sindiket ini lebih canggih. Kalau dulu penyerahan pasport guna serahan tangan tetapi sekarang berbeza... bayaran juga bukan secara tunai," katanya sambil menambah, pihaknya akan mengesan akaun bank yang digunakan sindiket berkenaan.
Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati dalang utama dan seorang daripada suspek mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah sehingga 2024 manakala seorang lagi tiada sebarang dokumen.
"Kita percaya masih ada saki baki sindiket ini dan usaha memburu mereka sedang dijalankan," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan selama 14 hari di Depot Imigresen di sini untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh menunjukkan perbandingan pasport asli dengan pasport palsu (kanan) semasa sidang media hari ini. - Foto Bernama
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
Filipina mungkin guna platform antarabangsa saman Filipina
Filipina merancang memutuskan platform antarabangsa untuk menyaman China atas dakwaan kerosakan kepada persekitaran marin.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
Indonesia gesa graduan sedia depani cabaran kecanggihan teknologi
Indonesia menggesa graduannya bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital bagi mendepani perubahan landskap pekerjaan global disebabkan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Jualan, harga beras Vietnam dijangka merosot
Sektor beras Vietnam mungkin menghadapi pelbagai cabaran dalam eksport pada 2025 selepas kejayaan pada tahun lalu, Agensi Berita Vietnam memetik pakar pada hari Khamis.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir tahun
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar monetarinya pada Jumaat, langkah pertama seumpamanya sejak Mac 2020.
Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong.