TAIPING: Sering menukar nombor telefon dan alamat antara taktik penganjur judi dalam talian di negeri ini bagi mengelak dikesan polis, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Beliau berkata taktik itu dikesan hasil operasi pihaknya dalam membanteras kegiatan berkenaan yang semakin berleluasa ketika ini.
"Semenangnya diakui agak sedikit sukar untuk kita (polis) memberkas operator atau penganjur ini berikutan mereka sering menukar alamat dan nombor telefon.
"Kita telah meminta kerjasama syarikat telco dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat talian dan mengekang perjudian ini daripada berleluasa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Polis Perak di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Majlis Perbandaran Taiping Datuk Ton Zailani Mat Darus mengenai tindakan polis membanteras judi dalam talian yang dilihat membimbangkan masyarakat.
Mior Faridalthrash berkata, pihaknya memandang serius mengenai perubahan taktik itu dan penguatkuasaan sentiasa dilakukan bagi menangani kegiatan tersebut dengan ada individu telah ditahan serta didakwa mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Beliau berkata kesemua 15 ketua polis daerah juga sudah diarah memperhebat operasi perjudian susulan penganjur judi dalam talian kini tidak lagi menggunakan premis untuk menjalankan kegiatan mereka sebaliknya menggunakan telefon pintar bagi mempromosi aktiviti judi.
Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata pihaknya mengutip kira-kira RM16.9 juta saman sejak 1 Disember hingga semalam menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Pada 13 Dis, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata tempoh tawaran diskaun pembayaran saman dilanjutkan hingga 31 Dis ini berikutan pihaknya menerima sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
![Sindiket judi dalam talian sering tukar nombor telefon elak dikesan polis Sindiket judi dalam talian sering tukar nombor telefon elak dikesan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640776238_MiorFaridalathrash.jpg)
Mior Faridalatrash berkata, taktik itu dikesan hasil operasi pihaknya dalam membanteras kegiatan berkenaan yang semakin berleluasa ketika ini. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi 91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731659126_FahmiFadzil.jpg)
91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.
![Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720173329_TBJudi.jpg)
Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar
Warga emas bersara cenderung terjebak dalam ketagihan judi atau menjadi sasaran ejen judi.
![Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024 Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
![Kaki judi EURO 2024 dicekup Kaki judi EURO 2024 dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718922352_KakijudiEuro.jpg)
Kaki judi EURO 2024 dicekup
Lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.
![12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam 12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710798954_JudiLagaAyam.jpg)
12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam
Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
![Perlis tutup premis judi terakhir Perlis tutup premis judi terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709868235_TBserbupremisjp.jpg)
Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.
![Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697635368_TBJUDI.jpg)
Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
![153 individu ditahan terlibat judi dalam talian 153 individu ditahan terlibat judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695897330_TBkamarulzaman.jpg)
153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.
![Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686966380_TBjudi.jpg)
Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan
Kerajaan digesa pergiat usaha risikan naungan politik yang terlibat melindungi aktiviti perjudian dalam talian.
![SPRM sahkan buka kertas siasatan aduan dana judi SPRM sahkan buka kertas siasatan aduan dana judi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684395822_SPRM.jpg)
SPRM sahkan buka kertas siasatan aduan dana judi
SPRM membuka kertas siasatan melibatkan satu aduan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana wang judi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).