KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan melibatkan satu aduan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana wang judi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara itu.

Katanya, siasatan menyeluruh sedang dilakukan pihaknya termasuk meneliti syarikat yang terlibat seperti yang dinyatakan dalam aduan itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ditanya sama ada akan memanggil mana-mana pemimpin parti politik berkenaan, Azam berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang komen.

BERITA LANJUT MENYUSUL