PERSARAAN sering dianggap sebagai masa untuk berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri selepas bertahun-tahun bekerja keras.
Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan pesara, ia juga boleh membawa cabaran yang tak terjangka, misalnya kebosanan, kemurungan, rasa keseorangan atau tiada kawan dan, lebih buruk, ada antara mereka yang terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat dan memudaratkan emosi dan mental.
Salah satu aktiviti yang dilihat semakin berleluasa dan ketara kebelakangan ini ialah ketagihan berjudi, yang boleh membawa kesan yang sangat buruk kepada warga emas. Selaku golongan yang tidak diawasi, mempunyai wang hasil simpanan tua, pencen ataupun simpanan, warga tua dilihat terlibat dan menjadi mangsa ketagihan judi dalam diam.
Ini kerana aktiviti mereka hampir tidak dapat dikesan sehinggalah mereka mungkin terlibat dalam masalah depresi, tekanan, hutang, kehabisan wang atau tidak terjaga.
Walaupun judi adalah haram dalam kalangan orang Islam tetapi ekoran revolusi dan trend baharu, judi bukan sekadar bermain nombor ekor atau ayam sabung. Daripada perjudian dalam talian, scam ala pelaburan dan pelbagai jenis judi di luar skop tradisional sudahpun menyusup masuk dan menarik golongan warga emas ini untuk terlibat sama. Mereka dilihat sebagai sasaran utama kerana berduit dan mempunyai masa selain kebanyakan mereka tidak mempunyai sebarang bebanan.
Profesor Psikologi Kaunseling dan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Solace Asia, Dr. Prem Kumar Shanmugam menyelidiki isu ketagihan judi dalam kalangan pesara dan warga emas yang berlaku dalam senyap tetapi membawa impak yang memudaratkan mental, emosi dan material.
Menurut Dr. Prem, ketagihan judi ialah suatu dorongan untuk berjudi secara berterusan walaupun memiliki kesan-kesan negatif atau mempunyai dorongan untuk berhenti. Meskipun, ia masih boleh diterima oleh segelintir masyarakat sebagai selamat khususnya bukan beragama Islam, tetapi obsesi terhadap tabiat ini boleh membawa kepada masalah yang serius.
“Warga emas yang sudah bersara amat terdedah kerana pendapatan boleh guna dan masa yang mereka miliki. Ini menjadi masalah apabila mereka tidak dapat berhenti malah hilang kehilangan sumber kewangan pula cuba diganti dengan berjudi,” kata Dr. Prem yang akui ia sebagai ketagihan yang tersembunyi sehingga isu kewangan menjadi jelas.
Tambahnya, ia berbeza dengan penyalahgunaan bahan (dadah, alkohol), yang boleh dikenal pasti melalui tanda fizikal seperti botol atau peralatan dadah, sebaliknya ketagihan judi hanya muncul apabila krisis kewangan atau kemurungan berlaku.
Ini kerana, warga emas sudah membina rutin sekitar perjudian, dan dengan peningkatan perjudian dalam talian, ia menjadi lebih sukar untuk dikesan. Mereka mungkin mewujudkan corak berulang, seperti berjudi pada hari tertentu atau pada masa tertentu, yang boleh disembunyikan sebagai tabiat yang tidak berbahaya.
“Apabila warga emas semakin beralih kepada perjudian dalam talian, ketagihan menjadi lebih rumit dan lebih sukar untuk dikenal pasti. Sifat internet tanpa nama dan akses mudah ke tapak perjudian memburukkan lagi masalah, menjadikannya lebih mencabar bagi ahli keluarga untuk melihat tanda-tanda sehingga keadaan menjadi teruk,” ujarnya.
Mengapa isu kurang disedari?
Ketagihan dalam kalangan warga emas selalunya tidak dapat dikesan kerana beberapa faktor, termasuk kurangnya kesedaran dan sifat ketagihan tingkah laku yang tersembunyi. Ramai pesara tidak mendapatkan bantuan kerana stigma yang dikaitkan dengan ketagihan dan masalah kesihatan mental, yang boleh membawa kepada kemerosotan keadaan mereka dari semasa ke semasa.
Tidak seperti ketagihan lain yang lebih ketara, perjudian tidak meninggalkan kesan fizikal, menjadikannya lebih mudah untuk kekal tersembunyi sehingga akibat yang lebih buruk timbul. Persepsi masyarakat terhadap perjudian sebagai aktiviti yang tidak berbahaya atau remeh menyumbang lagi kepada pengawasan ini.
Pilihan Rawatan dan Pemulihan
Menurut Dr. Prem, terdapat tempat terhad untuk warga emas mendapatkan rawatan ekoran ketagihan judi. Kebanyakan hospital merawat gejala ketagihan dan bukannya isu asasnya. Pusat rawatan ketagihan khusus, seperti yang ditawarkan oleh Solace Asia pula memerlukan kos, dan ramai warga emas tidak mempunyai akses kepada sumber ini. Selain itu, terdapat kekurangan dasar atau program yang disasarkan untuk menangani ketagihan warga emas.
Oleh yang demikian, Dr. Prem menekankan bahawa pemulihan ketagihan judi hanya boleh dilakukan oleh komuniti dan masyarakat secara menyeluruh.
“Ini kerana beberapa pusat kendalian kerajaan menawarkan sokongan asas, rawatan komprehensif yang diperlukan untuk menangani ketagihan dan puncanya, namun selalunya tidak tersedia dalam lingkungan keberadaan atau tidak mampu dibayar,” ujar beliau.
Sokongan komuniti
Atas sebab ini, Dr. Prem menekankan bahawa komuniti memainkan peranan penting dalam menyokong pesara dan mencegah ketagihan judi ini. Kemudahan hidup seperti aktiviti sosial, makanan yang baik, dan penjagaan perubatan boleh meningkatkan kualiti hidup warga emas.
“Kita tidak boleh membiarkan mereka kerana tua, sebaliknya kita kena cuba sediakan kehidupan yang lebih baik. Komuniti harus memupuk persekitaran di mana warga emas boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang bermakna dan membentuk hubungan sosial yang kukuh.”
Dr. Prem percaya, dengan cara itu, kita dapat mengurangkan risiko ketagihan judi, khususnya dan masalah kesihatan mental dalam kalangan warga emas. Beliau mengambil beberapa aktviti seperti yang dijalankan di negara membangun atau kawasan tertentu seperti malam tarian, sesi karaoke dan perhimpunan sosial boleh membantu memastikan pesara sentiasa aktif dan berhubung, mengurangkan perasaan pengasingan dan kebosanan. Kemudahan hidup yang direka bentuk dengan efektif boleh menggalakkan interaksi sosial dan menyediakan akses kepada penjagaan kesihatan yang profesional.
Dr. Prem turut menekankan kepentingan pengesanan awal dan campur tangan ahli keluarga.
“Ahli keluarga harus berwaspada tentang tanda-tanda ketagihan judi ini dan masalah kesihatan mental pada orang tua mereka yang tersayang. Perbualan biasa tentang aktiviti harian dan minat mereka boleh membawa kepada pelbagai pendedahan. Luangkan masa setiap hari, bercakap dengan mereka, tunjukkan kasih sayang, ia adalah pemulihan yang paling berkesan," ujarnya.
Nizha Periaswamy
Fri Jul 05 2024
Warga emas bersara cenderung terjebak dalam ketagihan judi atau menjadi sasaran agen judi kerana mereka mempunyai duit dan masa selain kebanyakan mereka tidak mempunyai sebarang bebanan. - Gambar hiasan/AI
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.
Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar
Warga emas bersara cenderung terjebak dalam ketagihan judi atau menjadi sasaran ejen judi.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
Kaki judi EURO 2024 dicekup
Lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.
12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam
Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.
Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.
Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan
Kerajaan digesa pergiat usaha risikan naungan politik yang terlibat melindungi aktiviti perjudian dalam talian.
SPRM sahkan buka kertas siasatan aduan dana judi
SPRM membuka kertas siasatan melibatkan satu aduan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana wang judi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).