BUTTERWORTH: Tiga lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memproses air ketum dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Manggis, Butterworth.
Dalam serbuan jam 9 malam Khamis, tiga lelaki berusia 28 hingga 47 tahun diberkas bersama 654 bungkusan air ketum yang belum sempat dijual.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sebanyak enam tong berwarna jingga berisi 654 bungkus plastik lutsinar berikat getah disyaki air ketum berjaya dirampas.
Turut dirampas bungkusan plastik hitam (besar) yang mengandungi daun ketum seberat kira-kira 15 kilogram turut dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan adalah RM1,785.
"Semasa serbuan, anggota kita menemui peralatan memasak air ketum seperti periuk, dapur dan tong gas dan ia turut dirampas untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis morfin, manakala seorang lagi positif methamphetamine.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Noorzainy berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Sep 17 2021
Tiga lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memproses air ketum dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Manggis, Butterworth. - Foto ihsan PDRM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
Sindiket jual air ketum tumpas, 654 bungkus dirampas
Tiga lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memproses air ketum dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Manggis, Butterworth.