BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket mencuri motosikal di Seberang Perai Tengah (SPT) selepas menahan 21 individu termasuk dua wanita dalam beberapa siri tangkapan di Pulau Pinang dan Kedah.
Sindiket yang didalangi lima geng jenayah iaitu Geng Kupang, Geng Humairah, Geng Chot, Geng Pondok dan Geng Junjong itu dipercayai aktif melakukan jenayah mencuri motosikal sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, 21 tangkapan terbabit terdiri daripada 19 lelaki dan dua wanita berusia antara 14 tahun hingga 37 tahun.
Mereka ditahan di sekitar kawasan Kupang, Baling dan Sik di Kedah, di Junjong, Juru, Bukit Tengah dan Seberang Perai Utara dalam operasi yang diadakan bermula 18 Mei hingga 1 Jun lepas.
Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas 12 buah motosikal, tiga casis dan sebuah enjin motosikal.
Terdahulu Shafee berkata, sebanyak 37 buah motosikal telah dilaporkan hilang dalam daerah SPT antara April hingga Mei lalu.
"Dengan tertumpasnya sindiket ini, polis percaya beberapa kes kecurian motosikal di sekitar Pulau Pinang yang dilaporkan sebelum ini berjaya diselesaikan,” katanya dalam kenyataan hari ini
Shafee berkata, siasatan mendapati sebahagian tangkapan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah seperti kes curi motosikal, pecah rumah dan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun, dan tidak lebih tujuh tahun, serta denda.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jun 09 2022

Sindiket yang didalangi lima geng jenayah iaitu Geng Kupang, Geng Humairah, Geng Chot, Geng Pondok dan Geng Junjong itu dipercayai aktif melakukan jenayah mencuri motosikal sejak awal tahun ini. - Foto PDRM

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.

Polis tahan geng curi motosikal 'Adam EX5' dan 'Haikal LC'
Kesemua yang ditahan berumur 15 hingga 22 tahun, dan empat daripada mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah.

Sindiket curi motosikal tumpas, 21 anggota ditahan
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket mencuri motosikal di Seberang Perai Tengah (SPT) selepas menahan 21 individu termasuk dua wanita.

Pelajar SPM ketuai kumpulan curi motosikal ditahan
Kegiatan kumpulan ini tumpas selepas pelajar itu bersama lapan pelajar lain berjaya ditahan polis.