SUNGAI BULOH: Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal susulan penahanan 13 lelaki di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, pada 14 dan 31 Mei lepas.
Kesemua yang ditahan berumur 15 hingga 22 tahun, dan empat daripada mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata kumpulan berkenaan menyasarkan motosikal model Honda EX5 dan Yamaha LC135 berikutan permintaan tinggi terhadap komponen motosikal berkenaan.
Beliau berkata anggota kedua-dua kumpulan ini masih muda, tetapi amat mahir dan hanya memerlukan masa sekitar 10 hingga 15 minit untuk mencuri sesebuah motosikal dengan menggunakan peralatan tertentu seperti allen key.
"Kedua-dua kumpulan 'Adam EX5' dan 'Haikal LC' ini menyasarkan motosikal yang mudah dicuri dan akan meleraikan motosikal berkenaan untuk kegunaan sendiri," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Shafa'aton berkata rangka motosikal curi itu kemudiannya akan dibuang di dalam semak dan sungai, selain mereka tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Menurutnya polis turut merampas 11 motosikal, lapan rangka dan lima enjin motosikal serta lain-lain komponen yang disyaki dicuri dengan nilai rampasan dianggarkan RM56,500.
"Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (curi motosikal) manakala Kumpulan 'Haikal LC' turut disiasat di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan khianat kerana terlibat dalam tiga kes pecah premis perniagaan dobi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal susulan penahanan 13 lelaki di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, pada 14 dan 31 Mei lepas. - Foto Sinar Harian

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Polis tahan geng curi motosikal 'Adam EX5' dan 'Haikal LC'
Kesemua yang ditahan berumur 15 hingga 22 tahun, dan empat daripada mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah.

Sindiket curi motosikal tumpas, 21 anggota ditahan
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket mencuri motosikal di Seberang Perai Tengah (SPT) selepas menahan 21 individu termasuk dua wanita.

Pelajar SPM ketuai kumpulan curi motosikal ditahan
Kegiatan kumpulan ini tumpas selepas pelajar itu bersama lapan pelajar lain berjaya ditahan polis.