SHAH ALAM:Akhbar Sinar Harian, menerusi platform digitalnya, memperkenalkan program Wacana al-Quran, sebuah program baharu yang membincangkan dan mengupas pelbagai isu semasa dalam mencari penyelesaian berdasarkan al-Quran.
Pengarang Kanan Digital Sinar Harian Ruzy Adila Idris berkata program itu yang akan disiarkan bermula Isnin ini selama tiga bulan merupakan kesinambungan kempen My#QuranHour anjuran akhbar berkenaan sejak tujuh tahun lepas.
"Program Wacana al-Quran akan disiarkan selama satu jam bermula 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat menerusi semua platform digital akhbar Sinar Harian iaitu Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram serta kolaborasi dengan rakan media, Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia).
"Ini adalah inisiatif Sinar Harian untuk berkongsi penyelesaian dalam mendidik masyarakat supaya kembali merujuk kepada al-Quran sebagai panduan hidup utama bagi umat Islam," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata program hasil kolaboratif antara Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Sinar Harian dan Karya Bestari itu akan menekankan usaha bagi membina ekosistem Islam serta mengekang keruntuhan moral bangsa.
Ruzy Adila berkata program tersebut akan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF Fazrul Ismail sebagai hos tetap bersama qari serta panel jemputan dalam pelbagai bidang dan kepakaran untuk mengupas isu yang berbeza.
"Sepanjang lima hari bersiaran dalam tempoh seminggu itu, satu episod kita akan membincangkan isu terkini manakala selebihnya melibatkan perbincangan mengenai isu khas yang menjadi permasalahan utama umat Islam.
"Jika program ini mendapat sambutan yang mengalakkan, insya-Allah akan diteruskan pada masa depan," katanya.
Dalam pada itu, Ruzy Adila turut mengalu-alukan organisasi media lain untuk bekerjasama menyiarkan program Wacana al-Quran agar matlamat utama inisiatif yang bertujuan mencari solusi kepada permasalahan umat Islam dapat disebarluaskan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 17 2020

Program Wacana al-Quran akan disiarkan selama satu jam bermula 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sinar Harian perkenal Program Wacana Al-Quran, kupas isu semasa berteraskan Al-Quran
Program itu yang akan disiarkan bermula Isnin ini selama tiga bulan merupakan kesinambungan kempen My#QuranHour anjuran akhbar berkenaan sejak tujuh tahun lepas.