KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah memberi perkenan untuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 dikuat kuasa bermula Isnin.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 telah memilih kaedah pelaksanaan bagi penambahbaikan, yang bertujuan untuk memulih dan memberi kesedaran kepada pesalah-pesalah Syariah terhadap kesalahan yang dilakukan.
Beliau berkata peruntukan enakmen sedia ada telah dikaji, diteliti dan didapati kewajaran untuk ditambah baik sesuai dengan arus perkembangan sosial masyarakat masa kini, dan menepati Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
"Mahkamah Syariah diberi kuasa membicarakan kes-kes yang had hukumannya adalah maksimum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman terbabit.
"Oleh itu, dengan pemakaian dan permulaan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 ini akan memberi faedah yang besar dalam pemantapan undang-undang syariah, bukan sahaja di negeri Kelantan tetapi boleh diambil manfaat oleh lain-lain negeri di Malaysia, dalam usaha melengkapkan lagi Kanun Jenayah Syariah di Malaysia dengan bermula langkahnya di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penerangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, di sini pada Ahad.
Ahmad menyeru kepada semua masyarakat Islam di Negeri Kelantan khususnya agar sama-sama mematuhi dan menjaga kedaulatan undang-undang yang dikuatkuasakan demi kesejahteraan dan kemaslahatan rakyat.
"Matlamat pelaksanaan adalah bertujuan mengajar, mendidik dan menjinakkan hati agar kembali ke jalan yang lurus, menepati perintah agama dan menjadikan syariat Islam sebagai panduan kehidupan, bukannya musuh yang harus ditentang," katanya.
Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 diluluskan selepas dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 14 hingga 16 Okt 2019 seterusnya telah mendapat persetujuan Diraja pada 14 Julai 2020.
Enakmen itu kemudian diwartakan pada 31 Dis 2020 mengikut Warta Kerajaan Kelantan.
Terdapat 24 peruntukan baharu dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 antaranya sihir, dakwaan palsu, percubaan keluar Islam, memutarbelitkan ajaran Islam, tidak menghormati bulan Ramadan, memusnahkan tempat ibadat, persetubuhan dengan mayat dan persetubuhan dengan bukan manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 antaranya sihir, memusnahkan tempat ibadat, persetubuhan dengan mayat dan persetubuhan dengan bukan manusia. -Gambar hiasan/ Astro AWANI
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

Amaran hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung hingga Rabu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu sehingga 12 Mac ini.

Penyalahgunaan dadah di Kelantan serius, 18,507 kes tahun lepas - Pemadam
Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan serius dengan sebanyak 18,507 kes dilaporkan pada tahun lepas, kata Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri, Zamakshari Muhamad.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.