GEORGE TOWN: Penjara Reman Pulau Pinang mencatatkan sifar kes positif COVID-19 dalam kalangan banduan sejak Jun tahun lepas ekoran kawalan ketat diambil pihak penjara bagi membendung wabak itu.
Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamad Jusoh Ismail berkata, pihaknya menjalankan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan baharu ke penjara antaranya kuarantin dan pemantauan awal dalam kalangan banduan.
"Bagi setiap banduan baharu yang akan ditempatkan di Penjara Reman Pulau Pinang, mereka akan dihantar ke Penjara Satelit Bukit Mertajam, dekat sini untuk dikuarantin terlebih dahulu sebelum dibawa ke sini (Penjara Reman Pulau Pinang).
"Selepas masuk ke Penjara Reman Pulau Pinang, mereka akan dikuarantin sekali lagi di sini bagi memastikan betul-betul bebas daripada COVID-19 sebelum ditempatkan dalam sel bersama banduan lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah melibatkan penghuni Penjara Reman Pulau Pinang, di sini hari ini.
Sebanyak 340 orang banduan beragama Islam mengambil bahagian dalam majlis sambutan Maal Hijrah yang diserikan dengan persembahan nasyid oleh banduan selain daripada ceramah oleh penceramah jemputan Datuk Dr. Danial Zainal Abidin.
Mohamad Jusoh berkata antara langkah lain diambil pihak penjara ialah mengasingkan banduan yang mempunyai simptom ke bangunan khas untuk mengelakkan sebarang jangkitan manakala penghuni yang masih belum divaksinasi ditempatkan di sel berasingan daripada mereka yang telah divaksinasi.
Beliau berkata ketika ini 98 peratus daripada 1,058 banduan di penjara itu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Cansino sejak tahun lepas manakala baki dua peratus lagi belum divaksinasi kerana mereka baharu saja masuk ke penjara itu.
"Kami sentiasa beri perkembangan terkini dan laporan kepada Kementerian Kesihatan berhubung kemasukan banduan baharu ke penjara ini supaya tindakan segera dapat diambil untuk memudahkan pihak kesihatan memberikan suntikan vaksin COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Beberapa SOP dilaksanakan bagi kemasukan baharu ke penjara antaranya kuarantin dan pemantauan awal dalam kalangan banduan. - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PKPD di Penjara Reman, kuarters kediaman dilanjutkan sehingga 11 November
PKPD di Penjara Reman dan kuarters kediaman penjara di daerah Timur Laut, Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada Rabu ini, dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 11 November depan.
COVID-19: Banduan Kluster Penjara Reman mula sembuh
Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail ketika dihubungi berkata, mereka kini ditempatkan dalam blok khas di pusat rawatan dalam penjara.
COVID-19: Kes pertama lokap polis dicatat di Pulau Pinang
Langkah segera diambil dengan membuat pengasingan tahanan lain yang mempunyai kontak rapat dengan lelaki berusia 23 tahun tersebut.
PKPD di Penjara Reman Pulau Pinang, kuarters kakitangan bermula Khamis
Langkah itu dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengawal penularan wabak itu dalam komuniti.
Tiada petugas di Penjara Reman positif COVID-19 setakat ini
Setakat hari ini belum ada lagi petugas Penjara Reman yang didapati positif COVID-19.
COVID-19: Bah Puchong, Penjara Reman - KKM kesan dua lagi kluster baharu
Kluster Bah Puchong dikenal pasti di Petaling, Selangor; Larut, Matang dan Selama serta Kinta, Perak.