GEORGE TOWN:Lebih 50 banduan dari Penjara Reman Pulau Pinang yang positif COVID-19 mula menunjukkan perkembangan positif untuk sembuh daripada penyakit itu.
Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail ketika dihubungi berkata, mereka kini ditempatkan dalam blok khas di pusat rawatan dalam penjara.
"Mereka ini mula sembuh dan tidak lagi menunjukkan mempunyai gejala penyakit itu. Jadi, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengasingkan mereka ke kawasan 'green zone' iaitu blok khas untuk rawatan seterusnya.
"Manakala banduan yang positif masih menerima rawatan di pusat rawatan dalam penjara dan mereka juga dalam keadaan stabil sekarang ini," katanya.
Katanya, seramai 27 banduan yang disahkan positif COVID-19 pada Jumaat tinggal dalam blok sama dengan kumpulan pertama banduan yang dijangkiti penyakit itu sebelum ini.
Menyentuh mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Reman Pulau Pinang dan kawasan kuarters penjara itu, Mohamed Jusoh berkata, ia lancar dan tiada masalah yang timbul termasuk dari segi bekalan makanan.
Sementara itu, Pengarah Penjara Pulau Pinang Roslan Mohamed berkata, semua 19 banduan yang disahkan positif COVID-19 di Penjara Seberang Perai di Jawi pada Jumaat juga tinggal di blok sama dengan mereka disahkan positif sebelum ini.
Katanya, sehingga Jumaat seramai 28 banduan di Penjara Seberang Perai telah disahkan positif COVID-19 dan semua mereka adalah banduan yang baru masuk ke situ iaitu antara dua dan tiga minggu lalu.
"Semua mereka dalam keadaan stabil dan dirawat di dalam penjara. Mereka merupakan banduan-banduan baru yang dimasukkan ke situ dan tidak bercampur dengan banduan lama yang berada di blok lain," katanya.
Ketika ini, di Pulau Pinang terdapat dua kluster iaitu Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Jawi dengan semua kes membabitkan banduan.
Sehingga Jumaat, Kluster Penjara Reman merekodkan 217 kes positif COVID-19 dengan satu kematian manakala Kluster Penjara Jawi pula mencatatkan 28 kes.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Oct 17 2020

Pelaksanaan PKPD di Penjara Reman Pulau Pinang dan kawasan kuarters penjara berjalan lancar dengan tiada masalah yang timbul termasuk dari segi bekalan makanan. - Astro AWANI
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

COVID-19: Banduan Kluster Penjara Reman mula sembuh
Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail ketika dihubungi berkata, mereka kini ditempatkan dalam blok khas di pusat rawatan dalam penjara.