Pihak berkuasa diminta menyiasat terlebih dahulu laporan sebuah agensi berita antarabangsa, mengenai sebuah syarikat yang mempunyai kaitan tentera dan perisikan di China yang didakwa mengumpul data 1,400 rakyat Malaysia.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran berhubung laporan itu tidak jelas, dan siasatan perlu dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Kadang-kadang kita dengar berita banyak tidak jelas kebenarannya, jadi saya minta perkara ini disiasat dahulu.
"Data peribadi sepatutnya dilindungi, sebab kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di mana data peribadi setiap individu dalam negara (rakyat Malaysia) dilindungi, jadi kalau ada kes seperti ini kita harap pihak berkuasa berkaitan siasat, lepas itu barulah kita boleh ambil tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Kad Aku Janji Pematuhan Prosedur Operasi Standard COVID-19 sempena Kempen Bulan Kemerdekaan Perbadanan Nasional pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai laporan sebuah agensi berita antarabangsa bahawa, sebuah syarikat China yang mempunyai kaitan dengan tentera dan rangkaian perisikan di China, dilaporkan mengumpul data 1,400 rakyat Malaysia.
Berdasarkan laporan tersebut jumlah itu adalah antara data 250,000 individu yang bocor daripada pangkalan data Zhenhua Data, yang menyimpan maklumat 2.4 juta orang.
Terdahulu pada majlis itu, Ismail Sabri menerima kad 'Aku Janji' mematuhi SOP daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Mohammad Mentek.
Kad 'Aku Janji' tersebut telah ditandatangani 1,040 penggiat francais tempatan, guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kampung Kerinchi dan warga kerja Perbadanan Nasional.
- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran berhubung laporan itu tidak jelas, dan siasatan perlu dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan. - BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kabinet lulus cadangan pindaan Akta 709, jangka bentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini
Pindaan itu perlu bagi memastikan perundangan perlindungan data peribadi di Malaysia selaras dengan piawaian, perubahan serta perkembangan undang-undang global.

Pengguna data akan diwajibkan lantik pegawai pelindungan data - Annuar
Semua pengguna data juga akan diwajibkan untuk lapor kebocoran data kepada Pesuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi dalam tempoh 72 jam.

Siasat laporan syarikat di China kumpul 1,400 data rakyat Malaysia - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran berhubung laporan itu tidak jelas, dan siasatan perlu dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan
Identiti penyumbang dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

E-dompet, trend masa hadapan dalam perniagaan
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata sistem e-dompet dapat menyediakan transaksi yang lebih telus kepada pengguna, penting dalam mewujudkan sistem blok rantai (blockchain) di negara ini.

Rangka pindaan undang-undang perlindungan data diharap siap tahun ini - Gobind
Ia sebagai kemas kini kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 untuk memastikan ia sejajar dengan perkembangan baharu dunia.