PUTRAJAYA: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2022 akan dilaksanakan dari 29 Jan hingga 4 Feb, melibatkan enam jenis barangan dari kategori hasil laut, barangan kering dan daging babi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini berkata SHMMP Tahun Baru Cina 2022 itu berkuatkuasa tiga hari sebelum perayaan, semasa hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan.
Beliau berkata senarai barangan terlibat ialah ikan bawal putih berat antara 200 gram (g) hingga 400g seekor; udang putih berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram; bawang putih dari China; babi hidup kawalan di peringkat ladang sahaja; daging babi (perut); dan daging babi (daging dan lemak).
"SHMMP dilaksanakan sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina," katanya dan menambah permintaan terhadap barangan tertentu dijangka meningkat, semasa perayaan tersebut.
Nanta berkata Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) juga sedang dilaksanakan bermula 1 Jan lepas sehingga 4 Feb, melibatkan 12 jenis barangan seperti ayam, telur ayam dan sayur-sayuran.
Senarai barangan bagi SHMKM adalah ayam hidup; ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya); ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal);
Telur ayam gred A (berat antara 65.0g hingga 69.9g sebiji); telur ayam gred B (berat antara 60.0g hingga 64.9g sebiji); telur ayam gred C (berat antara 55.0g hingga 59.9g sebiji); kacang panjang; cili merah; tomato; sawi hijau; kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing); dan timun.
Nanta berkata jumlah keseluruhan barangan harga terkawal bagi pelaksanaan SHMKM dan SHMMP Tahun Baru Cina 2022 adalah 18 jenis barangan daripada kategori ayam, telur ayam, sayur, barangan kering dan daging babi.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), untuk memastikan keberadaan bekalan di pasaran serta memudahkan rakyat mendapatkan barangan keperluan harian ketika perayaan.
"Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai beli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya, untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan," katanya.
Nanta turut mengingatkan peniaga bahawa, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim tersebut iaitu, menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum dan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu, bagi barangan harga terkawal.
Peniaga dan orang ramai boleh menyemak harga bagi barang-barang yang terlibat di bawah SHMMP Tahun Baharu Cina di laman web KPDNHEP, di www.kpdnhep.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Nanta berkata Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) juga sedang dilaksanakan bermula 1 Jan lepas sehingga 4 Feb, melibatkan 12 jenis barangan seperti ayam, telur ayam dan sayur-sayuran. - Gambar/ Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan
Rakyat harus menghindari prasangka buruk antara satu sama lain dan mengamalkan nilai positif, meskipun dengan budaya yang berbeza.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.