Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya lebih mantap untuk berdepan dengan lawan mereka dari pembangkang di dewan rakyat. Nasihat tersebut datangnya dari Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) parlimen ke-13 yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Samad.
Katanya, ahli parlimen baru perlu menunjukkan minat untuk mendapatkan maklumat selain belajar memahami prosedur dan peraturan dewan rakyat agar tidak memalukan BN.
"BNBBC juga kena tunjuk sebagai BN kita kena bertindak atas fakta dan boleh berhujah, ada fakta dan tindakan selari untuk memajukan program dan asas polisi kerajaan.
“Apa yang penting, mereka faham peraturan-peraturan di Dewan Rakyat selain mengetahui maklumat-maklumat semasa dan berkaitan menteri dan kementerian bagi memudahkan mereka menjawab dan memainkan peranan dengan berkesan,” katanya dalam satu pertemuan di bangunan parlimen.
Ahli Parlimen Johor Bahru ini menjelaskan usaha memantapkan wakil-wakil BN ini boleh dilaksanakan jika mendapa kerjasama antara menteri dan timbalan menteri selain pegawai-pegawai yang mewakili kementerian.
"Menteri dan timbalan perlu lebih rapat dengan ahli-ahli parlimen BN dan pegawai kementerian terutama pegawai penyelidik perlu memberikan maklumat tepat.
"Dengan cara ini hujah yang disampaikan oleh ahli-ahli parlimen BN lebih mantap dan dapat mematahkan hujah pembangkang dengan fakta yang tepat.
"Jika tidak ada maklumat, sukar untuk wakil-wakil BN ini berhujah dengan baik dan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej kita (BN)," katanya yang pernah memegang jawatan sama selama dua tahun dari 2004 hingga 2006 ketika penggal parlimen ke-11.
Shahrir juga menjelaskan kehadiran ahli-ahli parlimen BN yang berpengalaman sama ada mengekalkan jawatan atau kembali ke dewan rakyat boleh mengimbangi kemunculan ahli-ahli parlimen BN yang baru dipilih.
Kerjasama antara yang lama dan baru ini tegas beliau boleh memantapkan wakil BN dalam dewan rakyat untuk berdepan ahli parlimen pembangkang yang semakin bertambah.
Katanya, peranan BNBBC ketika ini berbeza berbanding ketika beliau memegang jawatan sama pada tahun 2004 dahulu kerana ia lebih kepada pengimbang antara kerajaan dan pembangkang.
"Disebabkan peranan kita (BNBBC) ketika ini berbeza maka kita perlu berubah dan mantapkan lagi untuk berdepan wakil dari sebelah sana (pembangkang)," jelas beliau.
Selain Shahrir, BNBBC turut membariskan ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sebagai timbalan pengerusi dan anggota Parlimen Mersing, Datuk Dr Latiff Ahmad sebagai setiausaha.
Sebelum ini, jawatan pengerusi dipegang ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.
Pemilihan Shahrir dibuat secara sebulat suara dibuat pada mesyuarat BNBBC Selasa, selepas pembukaan rasmi penggal pertama Parlimen ke-13 oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Mengenai jawatankuasa BNBBC, Shahrir menjelaskan ia masih dalam proses dan dijangka akan diselesaikan minggu ini.
Irwan Muhammad Zain
Thu Jun 27 2013

Agong beri perkenan 6 akta diluluskan parlimen
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sudah memperkenankan enam akta yang diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat sebelum ini.
“Mesti lakukan sesuatu segera” - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan RUU pembangunan semula bandar memberi jaminan hak penduduk kekal dengan menaik taraf bangunan tempat tinggal.
“Saya jamin hak kekal, rumah itu lebih mahal dan baik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya jamin hak kekal, rumah itu lebih mahal dan baik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Dua maut mesin kilang proses getah meletup
Letupan dipercayai berlaku ketika semua pekerja terlibat sedang melakukan kerja penyelenggaraan ke atas lima mesin yang sedang beroperasi.

Tidak timbul isu pemilik asal hartanah akan diusir secara paksaan - PM Anwar
Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan, kata Perdana Menteri.

Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump
Presiden Ukraine menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine.

Menteri Luar Mohamad adakan lawatan rasmi pertama ke Iran
Mohamad mengadakan lawatan rasmi pertama ke Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.

Masjid, surau bukan tempat sebar dakyah songsang - Sultan Nazrin
Sultan Perak tegur segelintir pihak yang salah guna masjid bagi menyebar dakyah fitnah serta berkepentingan politik kepartian.
‘STEM Talent in the Age of AI’
As Malaysia prepares for an AI-driven future, STEM education and workforce readiness play a critical role. Rushdi Abdul Rahim (MIGHT) and Mohamed Firouz Asnan (UTP) discuss evolving industry expectations, AI readiness, and the strategies needed to develop a future-proof talent pool.

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari
Negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

PM Anwar lakukan lawatan kerja dua hari ke Vietnam - Wisma Putra
Perdana Menteri Anwar dijadualkan menyampaikan ucaptama di ASEAN Future Forum (AFF) 2025.

Belanjawan 2021: Luluskan RM10,000 KWSP, luaskan moratorium untuk dapat sokongan BN - Najib
Najib berkata, mustahil hidup baharu golongan yang terjejas, dapat dimulakan dengan sekadar pengeluaran RM500 sebulan dari KWSP.

Skandal rasuah, seleweng hartanah disiasat SPRM di Johor tidak akan gugat kedudukan BN - Shahrir
Skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di Johor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak akan menggugat imej dan kedudukan Barisan Nasional (BN).

PM Najib tidak lupakan dasar lama kerajaan - Shahrir
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menyangkal dakwaan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melupakan segala dasar lama kerajaan yang selama ini terbukti menguntungkan rakyat.

SPRM dedah skandal rasuah hartanah Johor bukan bertujuan politik - Shahrir
Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata tindakan SPRM sebagai agensi kerajaan adalah jelas iaitu sesiapa yang melakukan rasuah akan ditangkap dan dikenakan tindakan.

Ubah sikap anggota Parlimen untuk mulakan transformasi
Tan Sri Shahrir Samad berkata setiap anggota Parlimen perlu berbahas dengan kebenaran dan tidak membawa ideologi politik dalam setiap perbahasan.

Tindakan Tun Mahathir tandatangan deklarasi tanam kebencian rakyat terhadap pemimpin - Zambry
Tindakan Tun Dr Mahathir diselar sebagai bertujuan untuk menanam kebencian rakyat terhadap pemimpin dan bukannya untuk kesejahteraan rakyat.

Rakyat terima penjelasan wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke akaun Najib - Shahrir
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, maklum balas yang diterima di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menunjukkan rakyat menerima penjelasan itu dengan baik.

Shahrir tidak nafi minta dana daripada Najib, sedia beri penjelasan
Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak menafikan meminta bantuan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan pentadbiran bahagian.

'JKNMPP langkah perubahan positif politik negara' - Shahrir
Penubuhan JKNMPP adalah langkah terbaik dalam menyatakan perjalanan dana politik selain laporan sumber kewangan, kata pengerusi BNBBC itu.

Pelantikan PAC: BNBBC gesa PM adakan sidang Parlimen khas
Kekosongan itu tidak boleh dilengahkan lagi bagi membolehkan PAC dapat berfungsi semula termasuk menyegerakan siasatan kes 1MDB yang kini tertangguh.