Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera mengadakan Persidangan Khas Parlimen bagi mengisi kekosongan jawatan termasuk pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kekosongan itu tidak boleh dilengahkan lagi bagi membolehkan PAC dapat berfungsi semula termasuk menyegerakan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini tertangguh.
"Ini adalah konsesus daripada ahli Parlimen BNBBC dan saya sudah sampaikan ini (keputusan) kepada Perdana Menteri. Beliau (Najib) bersetuju kita adakan sidang sehari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Segamat di Laman Warisan Senin Khanipah, Kampung Bukit Tunggal, Jementah di sini.
Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim, Ketua UMNO Bahagian Segamat, Zahari Surip dan Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Bastien Onn.
Mengikut peraturan, ahli PAC yang dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri perlu meletak jawatan daripada jawatankuasa itu.
Dalam rombak Kabinet 28 Julai lepas, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri manakala tiga lagi anggota jawatankuasa itu turut dilantik.
Datuk Wilfred Madius Tangau dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Timbalan Menteri Luar dan Datuk Mas Ermieyanti Samsudin sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Shahrir berkata bagaimanapun yang menjadi masalah adalah untuk menyelesaikan terlebih dahulu pelantikan Ketua Whip dalam Parlimen yang kini disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini merupakan timbalan perdana menteri.
"Selain itu perlu diselesaikan juga adalah pelantikan Ketua Pembangkang yang baharu kerana sebelum ini ketuanya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini jawatan itu diserahkan kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya.
Katanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Wan Azizah perlu dinamakan semula bagi membolehkan mereka disenaraikan dalam Jawatankuasa Pemilihan untuk melantik jawatankuasa PAC yang baharu nanti.
Justeru, Shahrir mencadangkan agar Muhyiddin, Ahmad Zahid dan Najib dapat duduk semeja untuk membincangkan penyerahan jawatan Ketua Whip yang baharu kepada Ahmad Zahid dalam suasana penuh kekeluargaan.
"Ini nampak lebih manis dan tersusun bagi membolehkan segala-gala perancangan itu teratur," katanya.
Beliau berkata jika persidangan khas itu tidak dapat diadakan, perdana menteri boleh membawa usul pelantikan anggota jawatankuasa PAC itu pada persidangan Parlimen yang akan datang pada Oktober nanti.
Bernama
Sat Aug 08 2015
SHAHRIR: Perdana Menteri telah bersetuju kita adakan sidang sehari bagi mengisi kekosongan jawatan di dalam PAC.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.