KUALA LUMPUR: Seorang peniaga memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima bayaran RM549,090 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.
Syed Mohsin Syed Sagaf, 65, berkata bekas pengerusi Felda itu membayar wang tersebut selepas syarikat milik anaknya iaitu YM Auto Wheels Enterprise mengeluarkan tiga invois masing-masing bernilai RM206,100; RM256,950 dan RM86,040.
"Saya sendiri yang menyerahkan ketiga-tiga invois bertarikh 22 Mac 2014 itu kepada Tan Sri Shahrir dan ini merupakan tuntutan yang dibuat oleh saya kepada beliau berkaitan kerja-kerja membaik pulih bagi projek di Blok C, D dan E. Saya telah mengarahkan pekerja syarikat anak saya bernama Zul untuk mengeluarkan invois itu," katanya.
Pernyataan saksi pendakwaan ke-10 itu dibaca oleh jurubahasa kerana beliau mempunyai masalah rabun yang teruk.
Menurut saksi itu, beliau menggunakan syarikat anaknya untuk mengeluarkan invois tersebut kerana beliau tidak memiliki syarikat sendiri.
Selain itu, Syed Mohsin berkata pada Oktober 2013, Shahrir telah meminta bantuannya untuk mencari kontraktor bagi projek tersebut yang kini dikenali sebagai Sri Anugerah kerana ahli politik itu mengetahui bahawa beliau mempunyai ramai kawan yang bekerja sebagai kontraktor.
"Memandangkan kami saling mengenali secara rapat, saya bersetuju untuk membantu beliau (Shahrir). Saya dan Tan Sri Shahrir telah pergi ke tapak projek tersebut untuk melihat keadaan dan semasa lawatan itu, kami telah berbincang berkenaan bayaran untuk membaik pulih tiga blok tersebut dan bila kerja-kerja membaik pulih boleh dimulakan," katanya yang mengenali Shahrir lebih 30 tahun.
Syed Mohsin berkata beliau telah memulakan kerja-kerja membaik pulih kerosakan seperti pintu, lantai dan pendawaian bagi ketiga-ketiga blok bangunan itu pada Oktober 2013 dengan menggunakan wang peribadinya untuk tujuan membeli barang-barang, membayar hutang pembekal dan upah pekerja.
Memandangkan Syed Mohsin telah kehabisan modal kewangan, saksi itu telah berjumpa dengan Shahrir di pejabatnya dan meminta bayaran untuk menanggung kos membaik pulih projek itu.
Ditanya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd 'Afif Ali, sama ada Shahrir ada memberitahu sumber wang itu diperoleh dari mana, Syed Mohsin menjawab: "Tiada".
Kepada soalan peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir sama ada Shahrir adalah seseorang yang boleh dipercayai kerana menggunakan duit sendiri untuk membayar projek itu, Syed Mohsin menjawab: "Ya, saya boleh percayakan Tan Sri Shahrir kerana beliau wakil rakyat terbaik".
Terdahulu, bekas pemilik syarikat YM Auto Wheels, Syed Yussof, 30, yang merupakan anak kepada Syed Mohsin memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiga invois itu ditandatangani oleh bapanya.
Disoal TPR Rasyidah Murni Azmi sama ada saksi itu mengetahui bapanya telah menggunakan nama syarikat untuk projek tersebut dan menerima komisen daripada Syed Mohsin kerana menggunakan nama syarikat miliknya, Syed Yussof menjawab dia mengetahuinya, namun tidak menerima sebarang komisen daripada bapanya.
Selain itu, Syed Yussof berkata syarikatnya yang menjalankan perniagaan jual beli kereta terpakai itu kini tidak lagi beroperasi.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014 dan pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
![Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka - Saksi Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660135124_TanSriShahrirAbS.jpg)
Saksi itu berkata, Shahrir telah meminta bantuannya untuk mencari kontraktor bagi projek tersebut yang kini dikenali sebagai Sri Anugerah. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Shahrir tidak akan pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Shahrir tidak akan pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608533492_TanSriShahrirSama.jpg)
Shahrir tidak akan pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru
Pengunduran veteran UMNO itu disahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada Sabtu.
![Bicara kes Shahrir Samad bermula 26 Julai, pendakwaan kemuka 19 saksi Bicara kes Shahrir Samad bermula 26 Julai, pendakwaan kemuka 19 saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643559329_TanSriShahrirSama.jpg)
Bicara kes Shahrir Samad bermula 26 Julai, pendakwaan kemuka 19 saksi
Kes itu dipindahkan dari Mahkamah Tinggi Jenayah lima (MTJ 5) untuk didengar di hadapan Hakim Muhammad Jamil.
![Ini yang sempat Shahrir Samad lakukan untuk Felda Ini yang sempat Shahrir Samad lakukan untuk Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526299378_TanSriShahrirSama.jpg)
Ini yang sempat Shahrir Samad lakukan untuk Felda
Antara lain, Shahrir memastikan tiada ahli politik dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat Felda.
![Tsunami Melayu pembangkang mahu musnahkan institusi Melayu - Shahrir Tsunami Melayu pembangkang mahu musnahkan institusi Melayu - Shahrir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71525156737_feldapc.jpg)
Tsunami Melayu pembangkang mahu musnahkan institusi Melayu - Shahrir
Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan tsunami Melayu yang diuar-uarkan oleh pembangkang bertujuan memusnahkan institusi Melayu yang lama bertapak di negara ini.
![Felda setuju wujudkan jawatankuasa siasatan, teliti tindakan dari sudut perundangan Felda setuju wujudkan jawatankuasa siasatan, teliti tindakan dari sudut perundangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51518107088_FELDA.jpg)
Felda setuju wujudkan jawatankuasa siasatan, teliti tindakan dari sudut perundangan
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata jawatankuasa terbabit akan meneliti daripada sudut perundangan berhubung tindakan yang bakal diambil
![KLVC: Felda teliti syor laporan audit forensik - Shahrir KLVC: Felda teliti syor laporan audit forensik - Shahrir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51484653770_FELDA.jpg)
KLVC: Felda teliti syor laporan audit forensik - Shahrir
Felda akan bertindak terhadap mereka yang cuai menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, FICSB.
![Inisiatif Felda 2.0 ubah wajah komuniti Felda Inisiatif Felda 2.0 ubah wajah komuniti Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41516526074_ShahrirSamad.jpg)
Inisiatif Felda 2.0 ubah wajah komuniti Felda
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, ia berbeza dengan tujuan asal penubuhan tanah rancangan itu kira-kira 60 tahun lalu.
![Tanah milik, isu terakhir perbetul semula organisasi Felda - Shahrir Tanah milik, isu terakhir perbetul semula organisasi Felda - Shahrir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51506921326_TSShahrirSamad.jpg)
Tanah milik, isu terakhir perbetul semula organisasi Felda - Shahrir
Shahrir berkata isu-isu lain yang menggelincirkan Felda, kini di bawah kendalian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah.
![Isu tanah Felda-Jalan Semarak: Polis akan panggil Isa Samad Isu tanah Felda-Jalan Semarak: Polis akan panggil Isa Samad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513961265_TSIsaSamad.jpg)
Isu tanah Felda-Jalan Semarak: Polis akan panggil Isa Samad
Kata Timbalan Ketua Polis Negara, beberapa individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
![Nilai aset melebihi liabiliti, Felda tidak muflis - Shahrir Nilai aset melebihi liabiliti, Felda tidak muflis - Shahrir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51506921326_TSShahrirSamad.jpg)
Nilai aset melebihi liabiliti, Felda tidak muflis - Shahrir
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai nilai aset melebihi jumlah liabiliti yang ditanggungnya dan dakwaan syarikat itu hampir muflis, tidak benar.