KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan sebarang keterlibatan atau salah laku dalam isu perjanjian pengambilan tanah di Pulau Balambangan, Kudat, yang mencetuskan minat dan perbincangan awam yang meluas baru-baru ini.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau telah mengambil pendekatan perundangan bagi menyangkal dakwaan tidak berasas itu.
"Adalah penting untuk diingat bahawa walaupun saya tidak lagi menjadi Ketua Menteri tetapi nama saya telah dikaitkan secara salah dalam urusan perjanjian ini oleh pelbagai pimpinan politik di Sabah.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya menafikan sebarang penglibatan atau salah laku dalam kes iini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna, berkata beliau telah melantik peguam untuk memfailkan saman terhadap pihak atau individu yang mengaitkan namanya dengan isu perjanjian tanah itu.
"Selain itu, surat tuntutan telahpun disampaikan kepada individu tersebut," katanya.
Ini berikutan satu artikel yang dimuat naik sebuah laman Facebook mendakwa penyalahgunaan kuasa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang meluluskan enam permohonan tanah seluas 968.4 hektar di Kudat dengan dakwaan kononnya Shafie turut dikaitkan dengan urusan tanah itu.
Kelmarin, Hajiji menafikan dakwaan tersebut dan berkata dakwaan kononnya berlaku salah guna kuasa membabitkan dirinya adalah berniat jahat, bermotifkan politik dan bertujuan memburukkan namanya.
Menurutnya, pejabatnya akan memberi kerjasama penuh terhadap sebarang siasatan yang dijalankan berhubung dakwaan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan sebarang keterlibatan atau salah laku dalam isu perjanjian pengambilan tanah di Pulau Balambangan, Kudat , yang mencetuskan minat dan perbincangan awam yang meluas baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.

Laluan Kereta Api Trans Borneo perlu libatkan pantai timur Sabah - Shafie Apdal
Beliau berkata projek berkenaan merupakan pemangkin dalam membangunkan ekonomi kawasan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah, tetapi laluan kereta api itu hanya terbatas sehingga Kota Kinabalu sahaja.

Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Tuntut pampasan 11 ADUN: 'Tindakan tidak masuk akal'
ADUN Sindumin itu berkata, beliau tidak tahu punca Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil tindakan itu.

20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai kerana kurang pekerja
Sekurang-kurangnya 20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai berikutan kekurangan buruh, justeru memerlukan kerajaan memperkenalkan inisiatif tambahan bagi memastikan industri itu kekal mampan.

Parlimen: Tiada langkah basmi kemiskinan di 8 daerah Sabah - Mohd Shafie
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui proses pembinaan LPB di Sabah amat lambat berbanding di Sarawak.

Shafie Apdal nafi libat dalam isu pengambilan tanah di Kudat
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau telah mengambil pendekatan perundangan bagi menyangkal dakwaan tidak berasas itu.

Ketua Wira Pusat Warisan letak jawatan, keluar parti
Mohd Ismail Ayob meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Pusat Parti Warisan (Warisan) dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan sekaligus keluar daripada parti berkenaan.

Surat ditandatangan bukan bon atau kosongkan kerusi
Sebaliknya, katanya, surat itu hanya berkaitan individu dijadikan calon dan berjanji supaya setia kepada parti.

DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.