SEWAKTU Azwan Omar atau diberi jolokan Abang Viva dalam kalangan masyarakat tiba di lokasi perjanjian kami, Warong Selai, Temerloh, Pahang, saya perlu menunggu beberapa waktu.
Hal itu kerana, sebaik kereta Viva hitam dengan di atasnya diikat sebuah bot juga dalam warna senada parkir di tepi jalan, banyak kenderaan ikut tertarik.
Ramai yang berpatah balik, berhenti mendadak, membunyikan hon dan memberi lampu tinggi berkedip kepada lelaki yang kini ‘paling dikehendaki’ di Malaysia tersebut.
Dengan senyum tak lekang di bibir, dalam suasana santai dan sederhana beliau dilihat melayan permintaan berfoto, selfie dan menerima banjir pujian sambil mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi tanpa henti.
“Terima kasih, Alhamdulillah, Insya-Allah,” itu antara ayat yang diulang ulang oleh Azwan berulang kali, sehingga selesai dikerumuni.
Usai pertemuan seperti adun sedang melawat kawasan itu, beliau berjalan merapat ke arah saya; meminta maaf kerana membuat saya menunggu.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Saya sambut dengan rasa lebih bertuah kerana beliau sudi meluangkan masa ditemubual secara eksklusif untuk #G The Untold Story dalam edisi yang cukup istimewa sempena menutup tahun 2021 dan membuka 2022.
Kami mahu Azwan, si Unsung Heroes, juara nombor satu di hati rakyat saat negara ditimpa bencana, khususnya buat mangsa mangsa banjir di beberapa negeri memberi inspirasi kepada pembaca.
Bagaimana seorang operator mesin untuk bina jalan di sebuah syarikat ini mempunyai sekeping hati dan jiwa yang luar biasa besar dalam kehidupannya demi membantu manusia lainnya.
Beliau banyak tersenyum sepanjang temubual. Bicaranya sangat sopan, sesekali berfikir sejenak dan luahan yang keluar dari bibirnya cukup jujur. Sama jujur seperti beliau memberi nombor telefon kepada semua individu yang mendekatinya dan meminta nombor untuk dihubungi.
Saya tanya kepada jejaka berusia 29 tahun ini: “Kenapa awak beri nombor telefon kepada semua orang dengan mudah?”
Jawab jejaka dengan ketinggian sederhana ini sambil tersenyum: “Saya tak kisah. Mudah untuk orang nak beri maklumat pada saya jika ada yang memerlukan bantuan.”
Dan dengan hanya meminta secawan teh o'' ais yang sesekali dijamah, ledakan ketawa dan mutiara kata, Azwan atau Abang Viva berkongsi kisah diri serta tempias populariti kerana ketulusan dan kemuliaan hatinya tak lelah menghulurkan bantuan buat semua.
Malah banyak kali beliau nyatakan ada lebih ramai sukarelawan yang bergerak secara solo serta lebih kental daripadanya dalam menghulur bantuan yang lebih layak diberi perhatian selain berterima kasih kepoda mereka yang tak lokek berkongsi informasi kepadanya.
GEMPAK: Assalamualaikum Azwan, terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk kami di sebalik kesibukan anda membantu mangsa bencana banjir. Jadi selepas membantu di Selangor, kenapa kali ini ke Pahang?
AZWAN OMAR: Waalaikumusalam, tak apa. Terima kasih sudi menemubual saya. Saya ke Pahang terutama di Temerloh dan sekitarnya selepas mendapat maklumat daripada orang ramai bahawa kawasan di sini juga terjejas teruk kerana banjir. Terdapat banyak kawasan yang masih ditenggelami air walaupun banjir sudah mulai surut. Misi kali ini juga selain menyelamat, saya nak bantu seramai mungkin mangsa yang memerlukan bantuan untuk membersihkan kediaman pasca banjir.
GEMPAK: Seorang diri? Kenapa bergerak solo?
AZWAN OMAR: Ya hanya seorang sama seperti saya membantu mangsa di Selangor. Saya selesa sendiri, senang dan mudah untuk ke mana mana atau membuat keputusan. Bukan tak ada kawan, ada. Tapi saya senang sendiri.
GEMPAK: Kenapa anda ambil keputusan bertolak dari Melaka secara solo ke ibu kota? Ada sesiapa seperti kenalan yang ingin anda bantu sebenarnya?
AZWAN OMAR: Tak ada. Saya tak kenal pun mangsa mangsa banjir ini. Tapi saya ambil keputusan pergi tolong lepas membaca mengenai bencana ini. Saya mesti tolong, hati saya tergerak. Bagi saya ini ujian untuk kita walaupun musibah itu kena atas orang lain. Jadi saya ambil apa yang patut (kereta dan bot) dan bergerak. Sebenarnya untuk misi dengan bot, ini adalah yang pertama kali. Sebelum ini ada juga membantu tapi tak perlulah saya kongsi.
Lokasi pertama yang saya pergi adalah Puchong sebelum ke Sri Muda, Shah Alam. Saya pergi berdasarkan informasi yang dikongsikan orang ramai atau sukarelawan lain. Saya pergi ke sesebuah lokasi yang belum banyak bantuan tiba dan cuba membantu seberapa banyak mangsa untuk keluar dari kawasan banjir. Selepas membantu di Selangor, saya pulang ke Melaka, minta izin orang tua untuk misi di Pahang pula. Saya akan berada di sini selagi ada banjir atau diperlukan.
GEMPAK: Okay, disebabkan tindakan anda bergerak solo dengan Viva dan bot selamba redah dari Melaka bantu orang, anda menjadi viral. Semua orang gelar awak Abang Viva sekarang ni.
AZWAN OMAR: Itulah tu, saya pun tak sangka. Saya pun hanya sedar jadi viral sekitar tengahari selepas kawan kawan maklumkan. Saya cuma nak cakap satu, kalau boleh balikkan masa, saya tak nak pun jadi terkenal, jadi viral macam ini sebab penat dengan amanah orang dan jaga nama sendiri.
Amanah orang besar sangat untuk saya. Saya memang tak mahu popular. Saya tak pernah terasa, tak pernah nak benda (viral) terjadi. Bila saya cakap macam ini, bukan lah saya menyesal, tapi kalau boleh undur masa, saya memang tak nak (viral). Kalau saya tahu ada orang ambil gambar curi saya sewaktu beri bantuan tempoh hari, saya akan menyorok. Saya biarkan sebab saya tak sangka akan jadi viral.
GEMPAK: Boleh kongsi kisah Viva dan RM50 anda?
AZWAN OMAR: Sebenarnya Viva ini bukan milik saya. Ia asalnya kakak saya punya, kemudian dia beri ayah saya pakai. Saya cuma ada motor sahaja. Cuma sewaktu nak datang tolong mangsa banjir, saya cakap pada ayah nak pinjam kereta untuk misi ini. Viva ini kiranya kereta keluarga dan saya memang pakai selalu.
Untuk bot angin ini pun saya beli baru dua bulan. Saya sebelum ini pakai bot fiber, 10 kaki. Saya jual sebab ia agak besar dan berat. Saya kemudian beli bot angin ini dengan harga RM2,000.
Untuk pengetahuan, enjin bot pun bukan saya punya. Saya tanya kawan kawan siapa ada enjin untuk dipinjam. Ini enjin kawan saya, seorang hamba Allah ini bagi pinjam enjin dia sampai sekarang.
Tentang RM50 tu pula sebenarnya bukan duit last yang saya ada. Saya ada duit emergency lain. Cuma masa nak pergi saya tunggu gaji yang jatuh pada 27 haribulan. Jadi dengan RM50 saya tawakal redah sementara tunggu dapat gaji.
GEMPAK: Waktu sekolah anda pengangkap? Saja tanya sebab anda lasak dan redah semua.
AZWAN OMAR: Bukan. Saya masuk KRS. Waktu sekolah, saya sertai KRS dan dilatih oleh seorang askar. Jadi caranya memang agak keras.
GEMPAK: Kenapa tak masuk askar, bomba atau polis?
AZWAN OMAR: Saya minat dan pernah minta semuanya, askar, polis dan bomba. Tapi semua tak lepas sebab berat badan tak cukup. Berat badan saya hanya sekitar 43 dan 44 kilogram sedangkan berat layak untuk memohon menjadi askar, bomba atau polis jika tak silap saya 46 kilogram dan ke atas.
GEMPAK: Sekarang ini orang anggap anda hero. Ada yang sarankan anda dapat gelaran Datuk, terima anugerah sehingga nama disebut dalam khutbah Jumaat dan diaminkan oleh muslimin muslimat yang menunaikan solat Jumaat.
AZWAN OMAR: Saya tak minat untuk orang kenal. Saya lebih suka bergerak secara solo, biar orang tak tahu. Saya memang jadi viral ini saya tak tahu nak cakap. Tapi ini satu kelebihan untuk dapatkan maklumat orang yang susah. Itu mungkin apa yang Allah nak beri kepada saya.
GEMPAK: Jadi bagaimana anda beradaptasi dengan situasi baharu ini?
AZWAN OMAR: Terus terang saya cakap, sehari dua ini memang belum dapat sesuaikan diri dikejar orang, jadi saya tidak dapat nak komen banyak. Tak sampai satu hari, satu Malaysia cari maklumat tentang saya, foto keluarga semua tersebar. Facobook dan WhatsApp saya sesak. Netizen kita memang laju buat kerja (ketawa).
GEMPAK: Harapan orang besar pada anda. Bagaimana perasaannya sekarang?
AZWAN OMAR: Jujurnya bila lepas viral, saya rasa takut lebih sebab sebelum ini, saya tolong dengan ikhlas. Tapi lepas viral orang banyak puji, orang banyak kenal. Saya takut daripada ikhlas menjadi sekadar mengambil nama, tunjuk muka di satu satu tempat hanya untuk ambil nama. Pujian orang. Saya takut.
Sebab itu saya cakap saya suka orang tak kenal. Tenang buat kerja. Harapan orang nak saya dapat gelaran Datuk, saya jadi tokoh, saya rasa kemungkinan akan tolak. Bagi saya amanah itu terlalu tinggi. Amanah yang ada sekarang pun dah tinggi, takut lagi tinggi lagi tak terbawa. Banyak buruk kepada diri sendiri, saya takut.
GEMPAK: Bagaimana dengan sumbangan orang ramai kepada anda? Sebab kita tahu anda menolak sumbangan yang diberikan buat anda.
AZWAN OMAR: Jika sumbangan yang diberikan untuk diri saya, memang saya tolak. Saya tak perlukannya, saya bekerja dan ada duit. Tapi memang ramai yang bagi sumbangan, dalam bentuk cash atau bank in. Jadi apa yang saya buat dengan duit sumbangan itu?
Mana komuniti yang ramai yang tak nak pindah sebab banjir, saya tanya apa yang mereka perlu, saya keluar pergi beli apa yang mereka nak dan saya hantar. Itulah semua duit yang orang sumbang.
Contohnya saya beri cash dari rumah ke rumah di satu kawasan terjejas teruk di Jelebu selepas melihat rumah mereka. Duit sumbangan saya akan dahulukan kepada tempat yang mengalami bencana paling teruk.
MASIH TIDUR DALAM KERETA
GEMPAK: Bila sudah viral, tentu anda menerima layanan yang baik juga, misalnya orang ajak bermalam di rumah atau mahu sponsor hotel bila sedar anda ada di satu lokasi banjir?
AZWAN OMAR: Ada ramai yang ajak tidur dengan mereka baik di rumah atau mahu sponsor hotel. Saya lebih suka tidur dalam kereta. Saya ambil juga hidup solo. Bila orang tak kenal saya tidur dalam kereta, bila dah terkenal buat apa saya nak pergi ke tempat lain yang lebih selesa?
GEMPAK: Tak terfikir untuk beli bot baharu?
AZWAN OMAR: ada terfikir nak tambah bot, tapi duit yang ada ini amanah orang saya tak boleh guna untuk diri sendiri. Bila saya tambah bot, banjir bukan selamanya, jadi kalau tambah macam untuk kepentingan diri. Betul, ada bot besar memang boleh selamatkan lebih banyak orang. Kalau saya nak, saya akan kumpul duit sendiri.
GEMPAK: Ini soalan peribadi sedikit, anda masih solo atau sudah berpunya?
AZWAN OMAR: Saya masih solo dan single.
GEMPAK: Maksudnya lepas ni kalau ada yang hantar diri jadi jodoh anda boleh?
AZWAN OMAR: Tanggungan saya banyak, komitmen saya tinggi. Dalam keluarga saya seorang lelaki, bongsu. Saya juga jaga dua anak buah saya, kakak sulung saya sudah meninggal dunia. Sudah nak masuk 3 series ini, bukan tak fikir langsung, tapi belum (kahwin). Kalau ada jodoh, saya tak tetapkan status apa, janji jangan bini orang (ketawa).
GEMPAK: Tahun 2021 mungkin boleh kita kata tahun yang kurang baik untuk semua orang di seluruh dunia. Untuk Azwan macam mana?
AZWAN OMAR: Secara peribadi, saya melihat tahun 2021 tahun ujian untuk kita. Kita tengah berperang dengan COVID-19, kemudian kena bencana alam. Memang Allah tengah uji iman kita. Berapa banyak iman kita pada dia. Kita kena minta tolong pada Dia sebab ini semua dari Dia juga.
GEMPAK: Azam Azwan tahun 2022?
AZWAN OMAR: Saya pernah ada azam tapi tak pernah tercapai. macam saya perokok, azam tahun ni nak berhenti rokok tapi sudah nak habis tahun, masih gagal. Untuk tahun hadapan saya nak buat yang terbaik.
GEMPAK: Mungkin ada mutiara kata dari Azwan buat seluruh rakyat dan pembaca Gempak?
AZWAN OMAR: Untuk punya perasaan prihatin atau ada empati, wajib ada dalam diri semua orang. Tak kira bangsa Cina ke India sebab kita semua tetap manusia. Dan susah untuk saya gambarkan kepuasan yang saya dapat apabila membantu orang. Hanya yang selamatkan orang sahaja dapat rasakan atau ada sifat prihatin, Jika hilang sifat kemanusian, sampai bila bila pun tak akan dapat rasa perasaan prihatin. Dan saya nak cakap di mana ada banjir, di situ ada saya.
Artikel: Maliah Surip
Jurufoto: Abdul Razak Latif
Lokasi temubual: @warongselai
Artikel asal ini diterbitkan di Astro GEMPAK
Gempak
Mon Dec 27 2021
Dengan senyum tak lekang di bibir, dalam suasana santai dan sederhana beliau dilihat melayan permintaan berfoto, selfie dan menerima banjir pujian sambil mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi tanpa henti. - Foto Astro GEMPAK/Abd Razak Latiff
Presiden FAM: Tokoh korporat Syaf Ismail sedia jadi calon 'wild card'
Sayf berkata beliau sedia bertanding sebagai pilihan 'wild card' dan menawarkan kepakarannya bagi menerajui badan induk bola sepak negara.
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
28 maut pesawat Jeju Air terhempas
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
Ringgit dijangka melemah di penghujung tahun
Ringgit dijangka mencatat penurunan minggu depan akibat kebimbangan geopolitik, isyarat pasaran tidak menentu, dan sentimen berhati-hati pelabur.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.