BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung bagi mengetahui secara langsung masalah yang dihadapi di kampung berkenaan.
Berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Aidilfitri Perpaduan di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam hari ini, beliau berkata cadangan itu akan turut melibatkan Ahli Jemaah Menteri, pimpinan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.
"Ia akan dimulakan di Cherok Tok Kun. Anwar Ibrahim akan jaga Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam. Bagaimana saya jaga..saya akan panggil semua wakil masyarakat di kampung itu dan dia kena bagi tahu semua masalah yang ada di situ.
"(Contoh beritahu) ada yang menggangur, ada yang tercicir, miskin tegar, ada yang rumah dia robek, kemudian ada masalah dadah, masalah jenayah, perlukan TVET (Latihan Teknikal dan Vokasional) dan semua itu dibincang oleh orang kampung dan beritahu secara langsung kepada orang yang bertanggungjawab," katanya.
Anwar menyifatkan cadangan tersebut merupakan cara terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di kampung selain pegawai daerah dan kerajaan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Beliau yakin cadangan pertama kali itu akan memudahkan penyelarasan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama ketua atau wakil kampung.
Menurutnya cadangan setiap pemimpin menjaga satu kampung itu juga akan membuahkan hasil kerana ia akan melibatkan semua menteri, pimpinan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitaan kerajaan yang secara langsung mendengar masalah yang dihadapi masyarakat kampung di bawaH tanggungjawabnya.
"Kalau kita ada KSN (Ketua Setiausaha Negara), setiausaha kerajaan negeri, semua ini kalau kita kumpul semua ini ada 2,000 orang yang jawatan-jawatan tinggi dan kemudian kita jemput pula syarikat-syarikat.
"Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, pengarah eksekutif Petronas. Dia jaga kampung dia. Dia pergi situ bukan sebagai Tan Sri, dia pergi sebagai anak kampung dengar masalah orang kampung. Jadi, dia nanti cuba selesaikan, lebih senang," katanya.
Beliau juga berkata cadangan tersebut berikutan hasil perjumpaannya bersama pemimpin masyarakat Permatang Pauh dan Cherok Tok Kun pagi tadi.
Menyentuh mengenai subsidi kerajaan, Perdana Menteri menegaskan bahawa harga bahan api, gula dan beras di negara ini masih terkawal, malah antara yang terendah berbanding negara-negara lain berikutan subsidi yang diberikan kerajaan.
"Ingat ya. Harga minyak di Arab Saudi berapa? RM2.95, berapa di Malaysia? RM2.05 pikiaq (fikirlah), Arab Saudi itu pengeluar minyak terbesar di dunia. Dia tak boleh turun harga lebih pada itu kerana kerajaan tidak mampu. Dia terpaksa pertahankan harga.
"Maknanya harga minyak kita terkawal. Gula, kita murah daripada Siam (Thailand), murah daripada Singapura, murah daripada Indonesia. Beras murah lagi. Minyak paling murah," katanya.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Kenduri Rakyat Aidilfitri Perpaduan di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, hari ini. - Foto Bernama
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Tentera zionis Israel pada Sabtu dilihat terus mara ke utara Gaza dengan menggunakan kereta kebal dan kenderaan berperisai. Kali ini, lokasi operasi rejim itu tertumpu ke Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Polis Israel bertindak melepaskan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang menggesa pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Elak masalah, guna talian kecemasan di gelang haji
Dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu, Lembaga Tabung Haji, TH menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di mekah.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.