JAKARTA: Demi menafikan berlaku curang, seorang lelaki di Indonesia tergamak bersumpah sambil memijak kitab suci al-Quran.
Perbuatan biadab dilakukan ketua pihak berkuasa Lapangan Terbang Wilayah X Merauke, Asep Kosasih yang berdepan tuduhan menghina agama.
Media tempatan melaporkan aduan tersebut dibuat kepada polis terhadap Asep pada Rabu lalu selepas rakaman video memaparkan tindakan melampau itu menjadi tular di media sosial.
Sementara itu, isterinya, Vany Kokasih berkata, dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
"Hubungan terlarang itu sudah terjalin selama setahun sejak Mei 2023. Suami saya terus menafikan skandal tersebut sedangkan ada bukti gambar dan mesej dalam telefon," ujarnya.
Menurutnya, kejadian Asep memijak al-Quran berlaku pada Ogos 2023.
"Dia berada dalam keadaan sedar ketika melakukan perbuatan itu kerana kami baharu sahaja selesai menunaikan solat Subuh secara berjemaah pada masa itu," jelasnya.
Difahamkan, suaminya turut berdepan satu lagi dakwaan iaitu melakukan keganasan rumah tangga.
Susulan kejadian itu, Direktorat Jeneral Pengangkutan Udara (Direktorat Jeneral Hubud) telah mengambil tindakan tegas dan Asep digantung tugas sementara. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sun May 19 2024
Dia turut berdepan satu lagi tuduhan iaitu melakukan keganasan rumah tangga. - Foto agensi
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.