ISTANBUL: Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke ibu negara Astana pada Khamis.
"Kazakhstan dan Malaysia mempunyai hubungan persahabatan dan kerjasama yang lama...Kami bersedia untuk melakukan usaha tambahan untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama kami dalam banyak bidang penting," kata Tokayev semasa perbincangan dengan Anwar, lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan presiden Kazakhstan.
Sambil menegaskan bahawa beliau percaya lawatan Anwar akan memberi dorongan kuat kepada perkembangan lanjut hubungan antara Kazakhstan dan Malaysia, Tokayev berkata asas kukuh kerjasama yang saling menguntungkan telah terbentuk sepanjang 30 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Tokayev seterusnya berkata bahawa beliau percaya ini menjadi semakin penting, "dengan mengambil kira realiti geopolitik dan ekonomi moden."
Beliau berkata faktor terpenting dalam pembangunan hubungan Kazakhstan-Malaysia adalah hubungan perniagaan, yang mana mereka mengalu-alukan pelaksanaan projek baharu yang berjaya dengan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dan menyampaikan kesediaan kerajaannya untuk menyediakan bantuan yang diperlukan.
Sementara itu, Anwar menekankan bahawa Malaysia amat mementingkan pengukuhan perdagangan dan kerjasama ekonomi dengan Kazakhstan, menyatakan mereka boleh "memanfaatkan sepenuhnya hubungan ekonomi yang semakin berkembang."
"Kami mempunyai cadangan tertentu. Kami merancang untuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan menteri anda mengenai isu import dan eksport. Kami telah mewujudkan pasaran komoditi yang besar di Malaysia.
"Kini negara kami telah menjadi hab serantau untuk pengeluaran cip komputer, dengan pelaburan yang signifikan dari AS, Eropah, terutamanya Jerman dan China. Saya percaya kami boleh berkongsi pengalaman ini dan pada masa yang sama belajar dari pengalaman anda dalam transformasi yang anda laksanakan dengan agak berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Akorda) di Astana. - Foto Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.

Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.