Setapak, Wangsa Maju dan Sentul kini dikategorikan sebagai kawasan 'panas' di ibu negara berikutan kerap berlaku aktiviti penyalahgunaan dadah hingga menarik ramai penagih dadah.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin berkata berdasarkan rekod ketiga-tiga kawasan segi tiga emas itu, ia terkenal dalam kalangan penagih apabila banyak urusan jual beli dadah berlangsung di kawasan berkenaan.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan sekadar berkata AADK dan pihak berkuasa akan terus membuat pemantauan secara berkala di ketiga-tiga kawasan itu bagi mengawal keadaan.
"AADK akan jalankan pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kes penyalahgunaan dadah kerana kami percaya kaedah merawat adalah lebih baik," katanya.
Terdahulu, AADK menahan 16 lelaki berumur antara 19 dan 58 tahun kerana disyaki penagih dadah dalam 'Op Keramat' selama dua hari yang berakhir hari ini di sekitar Keramat di sini.
"Kebanyakan mereka yang ditahan adalah OKP (orang kena pengawasan) dan kita sedang mengesan OKP lain yang masih menagih," katanya.
Operasi khas itu membabitkan 25 anggota penguat kuasa AADK Wilayah Persekutuan dan daerah yang turut berkunjung ke kediaman OKP untuk meninjau perkembangan mereka.
Abdul Halim berkata pemeriksaan lanjut mendapati 12 daripada lelaki itu positif dadah antaranya ganja serta mengambil pil khayal seperti Methamphetamine dan opiate.
"Dadah jenis Meth dan opiate ini mudah didapati dan murah. AADK mengambil langkah menahan mereka bagi mengelakkan mereka terus terlibat dan menjadi penagih dadah," katanya dan menambah ada kalangan ditahan itu bekerja sebagai penghantar surat dan pemandu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017
PIhak AADK dan pihak berkuasa akan terus membuat pemantauan secara berkala di ketiga-tiga kawasan itu bagi mengawal dan membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah. - Gambar hiasan
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah
Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai pusat sehenti (OCS) bagi membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.
Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Keutamaan bantuan pascabanjir diletakkan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.
JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
475 pegawai AADK terima penganugerahan Sijil Perakuan Amalan
PPA juga sebuah platform khusus pegawai pemulihan AADK untuk mempelajari serta memperkasa pengetahuan dan pendekatan berkenaan strategi dalam bidang pencegahan dan rawatan.