KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan memulakan usaha dengan lebih tegas untuk membangunkan ekonomi negara dan lebih keras dalam mendepani pelbagai tantangan, salah guna kuasa dan rasuah.
Ikrar itu dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, usai setahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Mengimbau kembali sejarah penubuhan Kerajaan Perpaduan, Anwar berkata, ia bertitik tolak daripada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja.
"Baginda dan Majlis Raja-Raja bertitah memohon sebuah kerajaan yang meliputi kesemua parti politik dibentuk bagi merungkai kebuntuan politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Di sebalik tindakan pihak yang menolak titah Tuanku, kebuntutan itu terlerai selepas Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa parti lain sepakat mengenepikan permusuhan politik yang panjang demi menjunjung titah baginda.
"Meskipun dihantui pelbagai cubaan untuk meruntuhkan kesepaduan ini, semua parti terus tekal dengan kesepakatan ini. Alhamdulillah, hari ini kerajaan ini menerima sokongan lebih dua pertiga daripada Ahli-ahli Parlimen," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Pada Khamis, Anwar turut berkesempatan menghadiri majlis kesyukuran sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, di Putrajaya.
Sepanjang setahun lalu, Anwar berkata, beliau memberi tumpuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ketara yang diwarisi, khususnya terkait pertumbuhan Malaysia yang tidak berkembang sejak lebih 20 tahun lalu seperti yang dilaporkan dalam Sustainable Economic Development Assessment (SEDA).
Jelasnya, Kerajaan Perpaduan menghalakan usaha menstruktur semula ekonomi negara menerusi peluncuran kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
"Namun, lebih ketara adalah kelemahan dan kelompongan tata kelola. Saya yakin dan percaya Malaysia punya potensi yang sangat besar untuk diangkat martabatnya jika isu tatakelola diperbetulkan dan rasuah dalam negara dihentikan.
"Saya mohon doa dan sokongan daripada rakyat dan rakan-rakan seperjuangan untuk merealisasikan hasrat kerajaan mengecap pencapaian yang jauh lebih baik, Insya-Allah," ujarnya.
Afiezy Azaman
Fri Nov 24 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim menadah tangan ketika doa dibacakan selepas solat pada majlis kesyukuran sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, di Putrajaya, malam tadi. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Belanjawan 2025: Kementerian Komunikasi akan pastikan semua maklumat sampai kepada rakyat - Fahmi
Lebih daripada 50 ikhtiar diumumkan dan di pihak kementeriannya, beliau memberi jaminan semua inisiatif itu akan disampaikan kepada rakyat.

Setahun pemerintahan, Anwar ikrar lebih tegas bangunkan ekonomi, banteras rasuah
PM Anwar yakin dan percaya Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk diangkat martabatnya jika isu tata kelola diperbetulkan.

Banyak cabaran PMX terpaksa tempuhi dalam tempoh setahun
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Anwar dan kerajaan perpaduan adalah memastikan wujudnya kestabilan dalam politik dan pentadbiran.

Hamzah dakwa pemimpin PN ditawar jawatan, projek pembangunan
Tawaran itu diberikan kepada mereka dengan syarat menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.