Perit. Perkataan itu jelas menggambarkan perasaan Mohd Tarmizi Ismail setiap kali diajukan soalan sama berkaitan isterinya, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang terlibat dalam nahas pesawat MH17.
Kini hampir setahun, bapa kepada Alif Hazim, 3, dan Alif Haiqal, 9, mengakui masih tidak dapat membendung rasa kecewa dan sedih apabila 'diserbu' soalan yang memaksanya mengimbau kembali detik hitam yang berlaku 17 Julai tahun lalu.
"Saya bersyukur dikelilingi orang yang prihatin dan bertanyakan kehidupan kami anak-beranak.
"Namun setiap kali tabah untuk teruskan kehidupan, hati kadang-kala 'sakit' bila terpaksa ingat balik saat kejadian itu berlaku," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.
Hamfazlin Sham adalah antara 298 individu yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17 semasa perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine turut melibatkan 44 warga Malaysia serta Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Istiadat penghormatan negara diadakan pada 22 Ogos 2014 bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.
Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata majlis ulang tahun pertama bagi memperingati mangsa tragedi MH17 akan diadakan pada 11 Julai ini di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Bercerita lanjut, Mohd Tarmizi berkata anak sulungnya sudah mula memahami ketiadaan Hamfazlin yang digelarnya 'ibu'.
"...cuma anak bongsu yang baru mula pandai bercakap asyik tanya 'mana ibu?' 'bila ibu nak balik?'" katanya, yang setiap minggu membawa anak-anaknya menziarahi pusara Hamfazlin untuk mengubati kerinduan.
Beliau juga berharap kerajaan dapat mempercepatkan siasatan berhubung nahas itu dan kerap memaklumkan kepada anggota keluarga.
Sementara itu keluarga juruterbang MH17 Wan Amran Wan Hussin, semakin tabah mengharungi kehidupan dan reda dengan ketentuan Allah.
Menurut anak saudaranya, Amaluddin Noorshah, 49, beliau kerap menghubungi isteri dan anak-anak Allahyarham yang menetap di Shah Alam untuk memberi sokongan moral.
"Setiap kali mengadakan perjumpaan keluarga memang terasa kehilangannya lebih-lebih lagi kalau dah nak dekat raya, semua persiapan diuruskan arwah.
"Kami terima ujian ini, cuma kami harap laporan siasatan dapat diumumkan segera," katanya.
Sama ada Amaluddin mahupun Mohd Tarmizi, kedua-duanya mengharapkan orang yang disayangi mendapat pembelaan dan supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden itu dikenakan tindakan sewajarnya.
Bernama
Mon Jun 29 2015
Foto Hamfazlin Sham bersama anak-anaknya. - fotoBERNAMA
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Setahun MH17, keluarga mahu siasatan dipercepat
Perit perasaan Mohd Tarmizi Ismail setiap kali diajukan soalan sama berkaitan isterinya, Hamfazlin Sham, pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang terlibat dalam nahas pesawat MH17.