Pada Ahad genaplah setahun kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 namun ia tetap menjadi topik perbualan di seantero dunia, baik di laman sosial mahupun di kedai-kedai kopi.
Sejak dilapor hilang 8 Mac tahun lepas, tumpuan dunia terarah kepada Malaysia dan pasukan pencari di Lautan Hindi selain pelbagai teori, konspirasi dan puluhan persoalan yang bermain di minda masyarakat.
Harapan, kata-kata semangat dan doa turut diluahkan kepada anggota keluarga dan waris pesawat itu menerusi ruangan status dan komen-komen di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Ia sekali gus menjadi trending dan dikemas kini secara sendirinya setiap hari dan membuktikan walau berapa lama sekalipun, dunia akan terus berbicara mengenai pesawat itu sehinggalah ia ditemui pada satu masa kelak.
#PrayForMH370, #JusticeForMH370 dan #MH370 antara contoh ruang yang digunakan bagi menzahirkan rasa simpati selain memuat naik apa jua perkembangan termasuk gambar, teori dan infografik mengenai kehilangan pesawat Boeing ke-404 yang dibina itu.
Malah, perbualan dan pertanyaan bukan sahaja dalam bahasa Melayu tetapi pelbagai bahasa antarabangsa seperti China, Indonesia, Inggeris, Belanda, Denmark, Vietnam, Rusia, Thailand, Sweden dan Itali yang membuktikan kehilangan pesawat ini mendapat perhatian di serata dunia dan tidak akan mudah dilupakan.
Beberapa kata semangat yang diluahkan orang ramai di media sosial berbunyi "Lost but not forgotten (Hilang tapi tidak dilupakan)- @kodahRocha" dan "Pray for a miracle (Berdoa untuk keajaiban) ..insha Allah may Allah ease everything (insha Allah semoga Allah mempermudahkan segala-galanya)- @Mieyhyorin".
Selain itu, "Dont give up (Jangan berputus asa) - @zianazy", "Wow... its gonna be a year soon.. I really wish there is some closure to the families with a very concrete findings (Wow... tidak lama lagi setahun.. Saya sangat berharap anggota keluarga akan mendapat penemuan yang konkrit) -@naZlinaQuadir" dan "Thanks Singapore, Vietnam, Philippines, United States, Korea, Japan, Thailand and China for helping Malaysia (Terima kasih Singapura, Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat, Korea, Jepun, Thailand dan China membantu Malaysia) - @MrsNyna".
#SETAHUNMH370: KONGSI INGATAN ANDA
Malah ada juga yang percaya, walaupun mungkin bukan sekarang, tetapi tidak mustahil pesawat atau serpihan ditemui pada masa depan seperti yang terjadi kepada Air France 447.
Pesawat 447 Air France itu terjunam ke Lautan Atlantik di perairan Brazil ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris pada 1 Jun, 2009, mengorbankan kesemua 228 penumpang dan anak kapal.
Ia ditemui pada 2011 selepas dua tahun operasi mencari dan menyelamat.
Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat MH370 sebagai nahas (kemalangan) di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.
Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.
Pengumuman itu bagi membolehkan urusan tuntutan insurans kepada waris keluarga pesawat malang itu dijalankan dan dilaksanakan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Pada masa sama, tidak dinafikan, pengumuman itu juga sedikit sebanyak membolehkan waris keluarga meneruskan kehidupan walaupun ada segelintir yang masih berharap ada tanda-tanda positif daripada operasi mencari selain jawapan yang bermain di fikiran mereka.
Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi anggota keluarga dan waris yang diluahkan menerusi media sosial antaranya, Maira Elizabeth, anak perempuan Ketua Pramugara Andrew Nari "mungkin saya boleh menerima hakikat bahawa mereka tidak akan kembali, namun keadilan itu satu kemestian bagi keluarga MH370".
Intan Maizura Othman, isteri seorang anak kapal Mohd Hazrin Hasnan pula menulis "Begitulah berakhirnya kisah nyawa 239 krew dan penumpang MH370 tanpa sebarang bukti ke mana dan apa terjadinya kepada mereka. Semoga mereka yang dianiaya ini dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah," katanya.
Dan yang terbaru, memetik laporan media asing, K.S. Narendran, suami kepada seorang penumpang, Chandrika Sharma menulis "Where have you been, Chandrika? Oh, many places. All at the same time. Can you believe that? When will you be back? Your guess is as good as mine. For good. That is. What if I am gone for good? (Di mana anda, Chandrika? Oh, banyak tempat. Semua pada masa yang sama. Adakah anda percaya? Bila anda akan pulang? Andaian anda sebaik saya. Untuk kebaikan. Itulah dia. Apa kata jika saya pergi untuk kebaikan?)
Laporan Straits Times pula, Sarah Bajc, 48, meluahkan perasaan kepada pasangannya, Philip Wood, 50 yang merupakan seorang penumpang, berbunyi:
"The scariest thing I can think of is just never having an answer. If I knew that Philip was dead I could mourn for him properly... I wouldn't have to keep holding him alive every single day. It's exhausting and it's a constant pain (Perkara paling menakutkan yang boleh saya fikirkan ialah apabila tidak mendapat jawapan. Jika saya tahu Philip telah meninggal dunia, saya boleh berkabung untuk nya dengan betul... Saya tidak perlu menahan beliau untuk hidup setiap hari. Ia memenatkan dan amat menyakitkan)," katanya.
Ketika berita ini ditulis, wujud spekulasi kuat mengatakan operasi mencari yang masih giat dijalankan, akan dihentikan tidak lama lagi memandangkan tiada sebarang penemuan ditemui.
Spekulasi itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial, ada yang bersetuju supaya waris dan anggota keluarga tidak lagi berharap atau sebagai titik penamat kepada mereka.
Ada juga yang tidak bersetuju dan meminta pasukan mencari supaya jangan berhenti mencari atau mencari di lokasi baharu dan bermula dari sifar bagi mendapatkan petunjuk keberadaan pesawat itu.
Namun apa yang pasti, walaupun wujud kemungkinan operasi pencarian ditamatkan, kehilangan MH370 akan terus menjadi bualan di medium komunikasi kerana ia misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac 2014. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sehingga kini operasi mencari di dasar laut bahagian selatan Lautan Hindi, tempat ia dipercayai terjatuh itu, kini meliputi kira-kira 40 peratus daripada 60,000 kilometer persegi kawasan pencarian dan kira-kira 208,000 kilometer persegi lautan telah dipetakan.
Jika tiada halangan dan kelewatan, keseluruhan operasi pencarian dijangka selesai pada Mei ini.
Empat kapal kini terlibat dalam misi mencari pesawat malang itu, Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan terbaru Fugro Supporter yang dilengkapi kenderaan dasar laut (AUV).
Kapal Fugro Equator, Discovery dan Supporter disediakan syarikat Belanda, dan kapal Fugro itu dibiayai bersama-sama kerajaan Australia dan Malaysia, manakala Go Phoenix menerima kontrak daripada kerajaan Malaysia.
Bloomberg
Fri Mar 06 2015
Pada Ahad genaplah setahun kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 namun ia tetap menjadi topik perbualan di seantero dunia. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.