Semua sekolah yang terlibat dengan banjir akan memulakan sesi persekolahan tahun depan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan sebelum ini.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima aduan atau permohonan daripada pihak sekolah untuk menangguhkan sesi persekolahan.
"Tambahan pula masih ada tempoh selama dua minggu sebelum sekolah dibuka dan kita yakin mereka (pihak sekolah) dapat menyelesaikan serta menyelaraskan masalah yang dihadapi ekoran banjir," katanya.
Idris berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan MYEULINK - Kebolehgajian Siswazah dan Peranan Pendidikan Tinggi - Peluang dan Cabaran Abad Ke-21: Perspektif Malaysia dan Eropah, di sini Isnin.
Dua negeri dilanda banjir buruk awal bulan ini iaitu Terengganu dan Pahang. Turut mengalami banjir ialah Johor dan Kelantan. Sesi persekolahan 2014 bagi Terengganu dan Kelantan akan bermula 1 Jan, manakala Pahang serta Johor pula 2 Jan.
Mengulas lanjut, Idris berkata kementeriannya akan menghantar buku teks baharu kepada sekolah terlibat secepat mungkin agar sesi pembelajaran tidak terjejas, manakala bantuan peralatan lain boleh diselia oleh pihak sekolah.
"Sekolah juga dibenarkan untuk membuat pesanan secepat mungkin tanpa perlu menunggu kelulusan dan kemudian mereka perlu maklumkan kepada kita (kementerian)," katanya.
Mengenai kerugian yang ditanggung akibat bencana itu, Idris berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada sekolah.
Mengulas mengenai persidangan itu, Idris berkata secara keseluruhan sebanyak 80 peratus graduan dan 90 peratus penuntut jurusan teknikal di Malaysia mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pelajaran.
"Cabaran kita bukan hanya 'employability' (kebolehgajian), tetapi bagaimana untuk kita sediakan mahasiswa yang boleh 'adapt' (sesuaikan diri), dapat kemahiran dan pendedahan bagi memastikan mereka boleh dapat kerja dalam pelbagai bidang yang semakin wujud dengan perkembangan teknologi yang pesat," katanya.
Idris juga berkata adalah penting untuk semua institusi pengajian tinggi memastikan tenaga pengajar mereka dilengkapi pengalaman industri supaya mereka tahu situasi sebenar bidang pekerjaan.
Sementara itu, Duta dan Ketua Perwakilan Kesatuan Eropah ke Malaysia, Luc Vandebon berkata krisis ekonomi di Eropah membuka peluang kepada perubahan dengan memperkenalkan program-program baharu seperti Pakej Pekerjaan Belia.
"Program itu yang dipersetujui pada April, menumpukan kepada peralihan daripada sekolah kepada bidang kerja menerusi skim jaminan belia.
"Skim itu menyasarkan belia berusia bawah 25 tahun akan ditawarkan sama ada pekerjaan, latihan atau meneruskan pengajian, dalam tempoh empat bulan mereka menamatkan pengajian atau diberhentikan kerja," katanya.
Lebih 200 peserta hadir persidangan sehari itu yang menyaksikan pakar akademik dan industri dari Malaysia dan Eropah membincangkan cabaran kebolehgajian siswazah serta merumuskan cadangan untuk menanganinya pada masa depan.
MYEULINK yang dilancar pada 30 Mac 2010, dibiaya oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dan direka untuk mempromosi kesedaran mengenai EU dan dasar utamanya kepada ahli akademik Malaysia dan pegawai kerajaan serta kumpulan berkepentingan lain.
Bernama
Mon Dec 16 2013
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.