KUALA LUMPUR: Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-raja Melayu kali kedua telah selesai.
Terdahulu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat menjadi Raja Melayu pertama meninggalkan Pintu Satu, Istana Negara kira-kira 5.15 petang
Tuanku merupakan Sultan yang kedua tiba pagi ini, selepas Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Difahamkan, kesemua Raja-raja Melayu telah hadir kecuali Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad V difahamkan tidak menghadiri sesi kali ini.
Terdahulu, Perbincangan Khas itu dipercayai bermula pukul 2.30 petang tadi.
BACA LAPOR LANGSUNG: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu
Beberapa pegawai kanan kerajaan yang dipanggil untuk sesi Sembah Taklimat ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.
Turut diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu ialah Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohd Rabin Basir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh, dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon.
Kesemua mereka dijadual memasuki Pintu Dua Istana Negara antara pukul 12.30 hingga 2 petang.
Astro AWANI difahamkan Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan khusus mengenai sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini.
Firdaus Azil
Wed Jun 16 2021
![Sesi Perbincangan Khas YDP Agong dan Raja-raja Melayu selesai Sesi Perbincangan Khas YDP Agong dan Raja-raja Melayu selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623392929_ISTANA.jpg)
Kesemua Raja-raja Melayu telah hadir kecuali Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad V tidak menghadirinya. - fotoREUTERS
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sesi Perbincangan Khas YDP Agong dan Raja-raja Melayu selesai Sesi Perbincangan Khas YDP Agong dan Raja-raja Melayu selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623392929_ISTANA.jpg)
Sesi Perbincangan Khas YDP Agong dan Raja-raja Melayu selesai
Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-raja Melayu kali kedua telah selesai.