Menjelang Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, semangat mengibarkan bendera dilihat semakin berkurangan.

Susulan ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak kerajaan akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.

Menurut beliau ini kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka akan kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara.

Adakah anda bersetuju dengan kewujudan undang-undang wajib kibar Jalur Gemilang? Nyatakan pandangan anda di ruang undian yang disediakan.


Astro AWANI baru-baru ini juga telah mendapatkan pandangan orang ramai mengenai keperluan mewujudkan undang-undang ini menerusi laman media sosial dan rata-rata, mereka tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Berikut merupakan pandangan yang disuarakan rakyat Malaysia di laman Twitter:




















Teruskan memberi pendapat anda mengenai isu ini kepada kami dan jangan lupa sertai undian kami.