Adakah anda bersedia untuk mengasah pengetahuan anda tentang politik tempatan dan process pilihan raya di Malaysia, dan sambil itu memenangi hadiah-hadiah menarik?

Ini peluang anda! Sertai PRU Trivia di Astro AWANI bermula malam ini (9 November 2022, 9 malam). Anda hanya memerlukan dua peranti.
  1. Gunakan peranti pertama anda (contohnya laptop atau tablet) dan sertai PRU Trivia di Facebook LIVE Astro AWANI pada jam 9 malam. Ini peluang anda untuk berinteraksi dengan pesaing anda melalui ruang chat!
     
  2. Kemudian, pada jam 9.05 malam, pengacara akan menjemput anda untuk menyertai platform quiz di www.kahoot.it menggunakan telefon bimbit dengan memasukkan ‘game pin’ yang tertera di skrin peranti pertama anda.
     
  3. Sila pastikan anda memasukkan nama anda di dalam format berikut: <NAMA PANGGILAN> <6 DIGIT PERTAMA IC ANDA>. (Contoh: Daniel 570831). Langkah ini amat penting agar kami dapat mengenal pasti pemenang di penghujung permainan.

     
  4. Bersedia untuk menjawab 15 soalan mudah! Soalan akan tertera di skrin peranti pertama dan jawapan boleh dimasukkan melalui telefon bimbit anda. Lebih tepat dan cepat jawapan anda, lebih tinggi markah yang diberikan.
     
  5. Di penghujung permainan, peserta dengan markah tertinggi akan diumumkan sebagai juara. Di telefon bimbit anda, akan tertera status ‘champion’ anda. Sila ‘screen shot’ status tersebut.
     
  6. Jika anda juara, hubungi kami di LINCinternal@astro.com.my dengan screen shot status juara dan salinan IC serta nombor telefon anda.
Ayuh menang besar di PRU Trivia!