IPOH: Tiada keperluan untuk kerajaan negeri meminda Pelan Perak Sejahtera 2030 kerana terdapat keserasian dengan dasar Malaysia Madani, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Bagaimanapun, kata beliau, pelan yang dilancarkan pada 15 Jun tahun lalu itu bersifat dinamik dan akan sentiasa ditambah baik mengikut keperluan dan senario semasa.
Menurutnya, ia sekali gus menyokong segala usaha yang telah dirancang di peringkat persekutuan.
“Kerajaan negeri juga mengalu-alukan cadangan supaya program Wacana Pelan Perak Sejahtera 2030 dapat diintegrasikan dengan program wacana Malaysia Madani untuk memberi kefahaman yang lebih jelas berkenaan kedua-duanya,” katanya.
Saarani berkata demikian menjawab soalan Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin (Bersatu-Chenderoh) dan Abdul Aziz Bari (DAP-Tebing Tinggi) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, hari ini.
Menurutnya, Pelan Perak Sejahtera 2030 dirangka dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat Perak dan memacu pembangunan sosioekonomi yang seimbang berpaksikan matlamat Perak Makmur, Rakyat Sejahtera.
Katanya, ia merupakan penunjuk arah untuk jentera kerajaan bagi merealisasikan pelan pembangunan jangka panjang Negeri Perak menuju 2030 yang berlandaskan tiga asas utama iaitu dinamik, realistik dan boleh capai.
Saarani berkata, intipati pelan itu digarap dengan pelan pembangunan jangka masa sederhana dan panjang di peringkat negeri, persekutuan dan antarabangsa.
Tambahnya, antaranya ialah Rancangan Struktur Negeri 2040, Pelan Pembangunan Perak Amanjaya 2020 (PAJ), Pelan Perindustrian Perak (P3), Rancangan Malaysia Ke-12, Pelan Pembangunan Strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2021 - 2025, Perak Lestari 2030, Model Pembangunan Lestari Negeri Perak (Yayasan Hasanah) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Jelasnya, lapan keperluan yang digariskan dalam Malaysia Madani, iaitu ekonomi, kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan, bandar dan luar bandar, adalah saling melengkapi dengan lima keperluan di bawah Perak Sejahtera 2030, iaitu keterjaminan makanan, pemilikan rumah, peluang pekerjaan yang berkualiti, pembangunan modal insan & belia dam kesihatan & kesejahteraan.
“Intipati kedua-dua pelan ini mempunyai hubung kait dan kejayaan pelaksanaan Perak Sejahtera 2030 akan turut menyumbang kepada pemerkasaan Malaysia Madani di peringkat negeri,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 22 2023

Saarani berkata, Kerajaan Negeri Perak mengalu-alukan cadangan supaya program Wacana Pelan Perak Sejahtera 2030 dapat diintegrasikan dengan program wacana Malaysia Madani untuk memberi kefahaman yang lebih jelas. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.

UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari
Menurut Saarani, ia selaras dengan pendirian parti itu yang tetap teguh mendukung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.

Gerakan koperasi perlu teroka peluang ekonomi baharu - MB Perak
Gerakan koperasi antara enjin pertumbuhan yang menyumbang kepada KDNK yang dapat mentransformasi dan memperkasa ekonomi masyarakat setempat.

Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.

Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.

Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.

Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.

Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.

Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.