KUALA LUMPUR: Syarikat keselamatan siber global, Kaspersky, melaporkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 60 peratus dalam jumlah serangan menggunakan perbankan mudah alih yang berniat jahat dikesan dan disekat di rantau ini.
Dalam kenyataan, katanya berdasarkan laporan ancaman mudah alih bagi suku kedua 2021 untuk Asia Tenggara, perbankan mudah alih Trojan telah digunakan oleh penjenayah siber untuk mencuri dana secara terus daripada akaun bank mudah alih.
"Program berniat jahat ini biasanya kelihatan seperti aplikasi kewangan yang sah tetapi apabila mangsa memasukkan bukti keselamatan mereka untuk cuba mengakses akaun bank mereka, penyerang mendapat akses kepada maklumat peribadi itu," katanya.
Katanya sejak awal 2021, produk Kaspersky telah menggagalkan 708 insiden di enam negara di Asia Tenggara.
"Sebanyak 50 peratus daripada jumlah perbankan mudah alih telah disekat pada 2020 iaitu 1,408," katanya.
Katanya Indonesia dan Vietnam mencatat jumlah insiden paling banyak di rantau ini pada separuh pertama tahun ini.
Bagaimanapun, katanya di peringkat global, kedua-dua negara itu tidak termasuk dalam 10 negara utama yang terjejas oleh ancaman tersebut.
"Vietnam hanya pada kedudukan ke-27 dan Indonesia ke-31 sehingga Jun lepas," katanya.
Katanya lima negara dengan pengesanan paling banyak perbankan mudah alih Trojan pada suku kedua 2021 ialah Rusia, Jepun, Turki, Jerman dan Perancis.
Kaspersky berkata walaupun jumlah serangan perbankan mudah alih Trojan di Asia Tenggara kekal rendah, sebanyak 367 insiden dari April hingga Jun 2021 berbanding 230 pengesanan dalam tempoh sama pada tahun lepas, pandemik yang berterusan terus memaksa pengguna untuk mula menggunakan sistem pembayaran mudah alih.
Katanya bagi meningkatkan keselamatan kewangan dalam talian, pengguna boleh menggunakan kad kredit sementara untuk membuat pembelian dalam talian, mengkhususkan satu komputer untuk perbankan dan membeli-belah dalam talian, menggunakan alamat e-mel yang khusus, mengurus dan melindungi kata laluan dalam talian serta memasang rangkaian peribadi maya (VPN) apabila menggunakan Wi-Fi awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Sejak awal 2021, produk Kaspersky telah menggagalkan 708 insiden di enam negara di Asia Tenggara. - Foto fail
Jiwa SME: Komitmen kerajaan, SME Corp perkasa PMKS ke arena global
SME Corp Malaysia menyediakan program SME's Go Global dan galakan eksport Bumiputera untuk memperkukuh eksport PMKS, yang kini menyumbang 12.2% daripada eksport keseluruhan.
Perbuatan Meta jelik, hina penderitaan rakyat Palestin - Pejabat Perdana Menteri
PMO Malaysia berkata, Meta telah berjanji akan membuat kenyataan susulan tindakan mereka menurunkan hantaran PM Anwar tentang Palestin
Speaker belum terima notis Bersatu berhubung keputusan enam kerusi Parlimen
Yang Dipertua Dewan Rakyat belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung keputusannya menyatakan tidak berlaku kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen.
Suri rumah rugi lebih RM140,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan wang keuntungan pelaburan berkenaan.
Malaysia sedang lalui fasa kitaran naik pelaburan yang ketiga
Gabungan bahagian pelaburan swasta dan awam daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat daripada paras terendah selepas pandemik baru-baru ini iaitu 19.7 peratus pada 2022, kepada 21.3 peratus pada suku pertama 2024.
Ringgit mengukuh, OPR dijangka kekal sehingga akhir 2025
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus pada akhir 2025 susulan pengukuhan ringgit.
[TERKINI] Indeks Nikkei jatuh terbesar dalam sejarah
Indeks saham Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah hari ini, menjunam lebih 4,400 mata.
Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, dekat sini, 4.30 pagi semalam.
[TERKINI] PM Bangladesh Sheikh Hasina letak jawatan
Sheikh Hasina juga didakwa letak jawatan dan telah meninggalkan negara itu pada Isnin.
Downing Street mesyuarat khas, bincang rusuhan
Ia berlaku selepas Perdana Menteri, Keir Starmer mengutuk serangan ke atas sebuah hotel yang menempatkan pencari suaka di Rotherham dan berjanji mereka yang terlibat dalam pergolakan akan menghadapi "undang-undang yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya".
Keselamatan siber Malaysia masih lemah - PM Anwar
Aspek keselamatan siber harus diberi keutamaan memandangkan Malaysia masih berada di tahap lemah dalam perkara ini.
Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar
Ia mampu memberikan timbal balik dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan isu membabitkan jenayah sivil.
Gangguan IT global: Kerajaan tunggu laporan penuh Microsoft, Crowdstrike - Gobind
Kerajaan telah meminta Microsoft dan Crowdstrike menyediakan laporan penuh berhubung gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global pada 19 Julai lalu.
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.
Pihak berkaitan perlu tawarkan ganti rugi kepada AirAsia susulan gangguan IT - Tony
Pihak-pihak yang berkaitan perlu menawarkan pembayaran ganti rugi kepada AirAsia Group ekoran gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global baru-baru ini.
Waspada ancaman pancingan susulan gangguan global CrowdStrike - CSM
Hati-hati jika terima panggilan tidak dikenali, e-mel pancingan data, laman web pancingan data atau permintaan memuat turun kemas kini perisian.
Insiden CrowdStrike: MyCERT keluarkan amaran eksploitasi pancingan data dan perisian hasad
Serangan itu menggunakan domain penipuan, alamat IP C2 dan binari perisian hasad untuk menjejaskan sistem dan mencuri maklumat sensitif.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perkemas semula polisi berkaitan keselamatan siber - Siraj Jalil
Menurut Siraj Jalil, dengan adanya kesedaran tentang isu ini, ia dapat mengurangkan rasa cemas dalam kalangan masyarakat.
Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.