KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa dalam negara perlu menyiasat secara terperinci mengenai insiden yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada pagi Khamis, sama ada ia betul-betul didalangi oleh Jemaah Islamiah (JI) atau sebaliknya.
Bagaimanapun, Editor Jenayah, Syahril Kadir berpandangan, jika insiden tersebut dirancang oleh kumpulan pengganas terbabit, ia kemungkinan menunjukkan gerakan JI dalam negara ini belum lagi berakhir.
BACA: Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Justeru, tegasnya kerjasama antara badan-badan perisikan serantau perlu dipergiatkan bagi mengekang gerakan berkenaan daripada menggugat ketenteraman.
"(Serangan pada pagi Jumaat) memang mengejutkan. Sebab kita pun tahu bahawa JI dan sel-sel pengganas, boleh dikatakan sudah reda pengaruhnya.
"Tetapi kita kena akui bahawa reda bukan (bermakna) tidak ada tetapi apabila berlaku serangan pagi tadi (Jumaat) dan apabila Ketua Polis Negara menggaitkan dengan JI, saya rasa banyak pihak yang tersentap terutama badan-badan perisikan seluruh dunia dan serantau seperti Singapura.
"Sebab kita sebagai orang awam sudah lama tak dengar (tentang JI) tetapi kemungkinan agensi-agensi perisikan, mereka tahu bahawa trek itu ada," katanya dalam program Agenda AWANI bertajuk 'Jemaah Islamiah Masih Hidup' yang disiarkan pada Jumaat malam.
BACA: Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan agar semua pihak tidak membuat kesimpulan terlalu awal berhubung serangan berkenaan.
Hal ini, kerana jelas beliau ia dibimbangi akan menimbulkan sentimen Islamofobia seperti yang berlaku di barat.
"Setiap kali berlaku letupan atau keganasan, pemikiran mereka (masyarakat barat) merujuk kepada masyarakat Islam.
"Kalau yang melakukan itu bukan Muslim, mereka jauh nak mengaitkan dengan agama. Tetapi dengan Islam, dia akan cari 'hubungan' supaya dapat dikaitkan ini daripada sekolah pemikiran mana yang melakukan hal-hal seperti ini," katanya.
Dalam kejadian pada pagi Jumaat, dua anggota polis terkorban manakala seorang lagi cedera parah dalam serangan membabitkan suspek lelaki yang menceroboh masuk ke dalam Balai Polis Ulu Tiram, di Johor Bahru.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, dalam sidang media berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu dipercayai ahli JI.
Susulan itu, polis melakukan serbuan di rumah lelaki terbabit dan menahan lima ahli keluarganya berumur 19 hingga 62 tahun.
Dalam kenyataan pada Jumaat malam pula, Razarudin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada JI di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan berkenaan.
Jelas beliau,lebih 20 ahli JI dipercayai berada di Johor pada ketika ini, dan dijangkakan angka itu mungkin bertambah jika ahli di kawasan lain dikenal pasti.
Astro Awani
Fri May 17 2024
Dalam kejadian pada pagi Jumaat, dua anggota polis terkorban manakala seorang lagi cedera parah dalam serangan membabitkan suspek lelaki yang menceroboh masuk ke dalam Balai Polis Ulu Tiram, di Johor Bahru - Foto/BERNAMA
Key trends and challenges from 2024, insights for 2025
Dive into the pivotal trends that shaped Malaysia's property market in 2024 and uncover expert insights for navigating the challenges and opportunities of 2025 with Sr Sulaiman Saheh, Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd. Discover the surprising trends that shaped the past year and get expert predictions for 2025. From market dynamics and affordability to sustainability and foreign investment, this interview covers all the critical insights you need to navigate the property landscape.
AWANI Pagi: Garis panduan pastikan konsert bebas dadah
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, melihat isu keselamatan, kesedaran dan penguatkuasaan berhubung garis panduan untuk memastikan penganjuran konsert bebas dadah.
Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 10 Januari 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi Selasa.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
JS-SEZ: Strategic Prospects for ASEAN Amid Global Shifts
Yun Liu, ASEAN Economist at HSBC, discusses the Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) as a potential catalyst for regional growth. Explore insights on how the JSSEZ can attract global investors amid geopolitical tensions, China’s economic slowdown, and evolving trade dynamics.
AWANI Ringkas: Rasionalisasi subsidi diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Pasaran kargo udara global menyaksikan pertumbuhan permintaan yang kukuh pada November 2024 dengan jumlah kargo tan bagi setiap kilometer meningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT
Feroz mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan kes dibicara bersama didengar 20 Jan
Pihak pendakwaan memberitahu, kesemua sembilan pertuduhan dihadapi mereka perlu dibicara bersama kerana ada kaitan antara satu sama lain.
Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong, miliki bahan berkaitan Daesh
Abang sulung lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi.
Fitnah mangsa insiden Balai Ulu Tiram: Tukang cuci dipenjara tujuh hari, denda RM800
Seorang tukang cuci dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memuat naik komen berbaur fitnah di media sosial terhad
Lelaki fitnah anggota polis terkorban insiden Ulu Tiram ditahan
Polis tahan lelaki tempatan berkaitan hantaran komen fitnah terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram.
Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.
Sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram 2 Sept
Mahkamah turut memerintahkan seorang daripada lima tertuduh untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital.
Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN
Penyampaian perkhidmatan PDRM berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.
Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu..