IPOH: Mahkamah Majistret di sini hari ini meminda pertuduhan terhadap ahli perniagaan yang menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominum tahun lalu, daripada menyebabkan kecederaan parah kepada membunuh.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33 tahun, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh S Thava Sagayam, 64 tahun, di tingkat 7, Menara Majestic, Jalan CM Yusuff di sini, antara pukul 8 dan 9.30 pagi, 29 Disember, 2020.
Ahli perniagaan itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Azalina Rasdi.
Tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussein manakala M Kulasegaran menjadi peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.
BACA: Balu pengawal keselamatan maut selepas diserang terima faedah Perkeso
BACA: Pengawal keselamatan meninggal dunia, polis klasifikasi semula kes sebagai bunuh
Pada 6 Januari lalu, Ahmad Noor Azhar didakwa di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, mangsa yang terlantar selepas kejadian, meninggal dunia pada 27 Ogos lalu.
Bagi tuduhan awal di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan, mahkamah melepaskan tertuduh tanpa membebaskannya.
BACA: Kertas siasatan pengawal keselamatan diserang diserah semula kepada Pejabat Peguam Negara
BACA: Kes Thava Sagayam: Keadilan harus ditegakkan - Perdana Menteri
Abd Razak Mohd Ali
Thu Sep 09 2021
![Serang pengawal keselamatan: Ahli perniagaan didakwa atas tuduhan membunuh Serang pengawal keselamatan: Ahli perniagaan didakwa atas tuduhan membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631166234_TBMAJISTRETIPOHjpg.jpg)
Ahmad Noor Azhar didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Penjaja ‘chee cheong fun’ didakwa bunuh isteri Penjaja ‘chee cheong fun’ didakwa bunuh isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718360593_bunuhisteri.jpg)
Penjaja ‘chee cheong fun’ didakwa bunuh isteri
Seorang lelaki yang memukul dan menikam isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh.
![Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709006005_Limapenghantarmaka.jpg)
Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih
Mengikut pertuduhan, lima lelaki berkenaan didakwa membunuh Shahril Samad di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2 pada 20 Feb lalu.
![Pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa bunuh majikan Pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa bunuh majikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704946031_TBBUNUHMAJIKAN.jpg)
Pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa bunuh majikan
Tertuduh, Yap Kok Ming, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
![Kes bunuh CEO Cradle Fund: Mahkamah Rayuan tangguh keputusan Kes bunuh CEO Cradle Fund: Mahkamah Rayuan tangguh keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655964496_SamirahMuzaffarke.jpg)
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Mahkamah Rayuan tangguh keputusan
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund, Nazri Hassan.
![Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657505550_TetsuyaYamagami.jpg)
Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula
Masih tiada prospek untuk perbicaraan kes suspek yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan bermula.
![Imran Khan bebas dengan jaminan Imran Khan bebas dengan jaminan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686268181_ImranKhan.jpg)
Imran Khan bebas dengan jaminan
Perintah itu bermakna Imran tidak boleh ditahan semula dalam tempoh 14 hari.
![Buruh didakwa tikam hingga mati lelaki di restoran makanan segera Buruh didakwa tikam hingga mati lelaki di restoran makanan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682831686_buruhtuduhanbunuh.jpg)
Buruh didakwa tikam hingga mati lelaki di restoran makanan segera
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Rantau Panjang pada 2017.
![Mayat dalam rumah di kampung Tai Po milik model Abby Choi Mayat dalam rumah di kampung Tai Po milik model Abby Choi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678106789_TBabbychoi.jpg)
Mayat dalam rumah di kampung Tai Po milik model Abby Choi
Mayat manusia yang ditemui di sebuah rumah di perkampungan Tai Po disahkan milik model Hong Kong yang dibunuh, Abby Choi Tin-fung.
![Remaja perempuan didakwa bunuh budak lelaki 11 tahun di Dallas AS Remaja perempuan didakwa bunuh budak lelaki 11 tahun di Dallas AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674182628_policeline.jpg)
Remaja perempuan didakwa bunuh budak lelaki 11 tahun di Dallas AS
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Dallas, selatan Texas, Amerika Syarikat (AS) didakwa atas tuduhan membunuh seorang budak lelaki berusia 11 tahun, lapor Xinhua memetik polis Dallas.
![Tembak rakan serumah selepas alih hiasan Krismas Tembak rakan serumah selepas alih hiasan Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672451252_TBgunshot.jpg)
Tembak rakan serumah selepas alih hiasan Krismas
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan pihak berkuasa Texas atas dakwaan menembak mati rakan serumahnya selepas menurunkan hiasan Krismas di kediaman mereka.